Unjuran Forex 2021

Unjuran Forex 2021

2020-12-21 • Dikemaskini

USD: turun dan turun dan turun

Kebanyakan penganalisis meramalkan kejatuhan dolar AS akan berlanjutan pada tahun depan. Konsensus adalah penurunan sebanyak 5-10% berbanding kebanyakan matawang. Terdapat dua sebab yang utama ini berlaku. Pertama, pihak berkuasa AS membanjirkan pasaran dengan USD menerusi langkah-langkah sokongan untuk merangsang ekonomi. Akibatnya, tindakan ini akan terus memberi tekanan ke atas dolar. Kedua, Fed berjanji untuk mengekalkan kadar di paras terendah sekarang untuk beberapa tahun. Oleh itu, pelabur tidak akan menyukai dolar AS yang memberikan pulangan yang rendah.

CNH: yang pertama masuk dan pertama keluar

China adalah negara pertama yang mengalami penularan wabak Covid-19 dan negara pertama yang berjaya keluar darinya. Oleh itu, ekonomi China akan berkembang pada kadar yang paling pantas berbanding dengan negara-negara lain. Di tempat lain, kepresidenan Biden memberikan bayangan untuk hubungan AS-China yang lebih hangat, yang memperelok prospek rundingan perdagangan antara kedua negara tersebut. Oleh itu, yuan China mungkin akan melonjak pada tahun 2021.

Menurut ING Group, “liberalisasi pasaran dijangka akan membolehkan USD/CNY mencecah paras 6.30”. Sila maklum bahawa CNY diperdagangkan hanya di tanah besar China sahaja, manakala CNH diperdagangkan di luar tanah besar China. Oleh kerana perbezaan yang agak kecil di antara kedua-duanya, kita boleh menjangkakan kenaikan pada CNH di tahun 2021, dan lantas dari itu kejatuhan USD/CNH ke sekitar paras 6.30.

EUR: mungkin naik, mungkin tidak

ECB tidak berpuas hati dengan euro yang telah menguat kerana ia menjejaskan eksport. Namun, trend dolar yang lemah berupaya mengatasi sebarang percubaan ECB untuk menurunkan euro dan terus mendorong EUR/USD lebih tinggi. Kumpulan ING meramalkan 1.25, Nordea Bank – 1.26, sementara CIBC tidak setuju dan menjangkakan EUR/USD akan mencapai paras 1.18 pada tahun 2021.

ZAR: matawang pasaran membangun akan meroket tahun hadapan

2021 akan menjadi tahun pemulihan dan pertumbuhan ekonomi. Justeru, penganalisis menjangkakan selera yang kuat terhadap matawang pasaran membangun seperti rand Afrika Selatan. Negara-negara membangun cenderung mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi dan kesannya, pelabur akan memilih matawang ini untuk pulangan yang lebih tinggi. ZAR akan menarik aliran masuk modal pada tahun 2021.

GBP: dan Brexit, serta virus ... apa pun tak boleh

Era pasca-Brexit akan membebankan perniagaan di UK kerana cukai yang lebih tinggi dan peraturan perdagangan EU-UK yang baru. Tambahan lagi, kesan buruk dari pandemik Covid-19 akan turut meningkatkan rintangan kepada ekonomi Inggeris. Oleh itu, Bank of England tidak akan ada pilihan lain selain dari melonggarkan lagi polisi, yang akan membebankan pound.

Minyak: pertumbuhan yang perlahan, tapi stabil

Barclays meramalkan minyak Brent (BRN) akan mencapai $53 setong pada tahun 2021 dan minyak mentah West Texas Intermediate AS (WTI) – $50 setong. Menurut mereka, pemberian vaksin akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah.

Emas: ramalan bullish biar pun pasaran optimis dengan vaksin

Walaupun emas bergerak dalam downtrend akhir-akhir ini, Societe Generale menjangkakan harga emas akan mencecah $2300 pada separuh pertama tahun 2021. Bank ini membuat ramalan berdasarkan kadar faedah rendah di seluruh dunia, dan dolar AS yang lemah, yang akan menyokong harga emas pada 6 bulan pertama tahun depan. Namun, Societe Generale menjangkakan harga emas akan turun pada separuh kedua tahun 2021.

Secara ringkasnya, penganalisis dari Societe Generale menyatakan kecenderungan utama Forex untuk 2021 dalam satu kalimat: “Kadar nyata yang negatif, begitu banyaknya aset yang memberikan pulangan yang negatif, peningkatan paras hutang AS, pengukuhan CNY dan, akhirnya, potensi aliran ke aset pasaran membangun akan memberi tekanan ke atas dolar AS dan menyokong emas”.

LOG MASUK

Serupa

Brexit: masa hadapan GBP
Brexit: masa hadapan GBP

Brexit selesai. Apa yang akan terjadi pada ekonomi UK dan pound? Ketahui di dalam artikel kami.

MXN, TRY, RUB: potensi yang jarang diterokai
MXN, TRY, RUB: potensi yang jarang diterokai

Matawang negara-negara membangun seperti RUB, TRY, dan MXN secara definisi adalah tidak stabil. Itulah sebabnya mengapa ia turun naik lebih dari matawang-matawang utama, menawarkan peluang meraih keuntungan yang lebih besar.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera