Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham

Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham

Apakah itu analisis fundamental?

Sebelum kita kenali unsur-unsur utama analisis fundamental, mari kita takrifkan maksud gabungan dua perkataan ini. Analisis fundamental adalah kajian faktor-faktor pendasar yang mendorong gerakan di pasaran. Analisis jenis ini dibuat berlandaskan data ekonomi, peristiwa berita, dan laporan perolehan. 

Analisis fundamental Forex

Apabila seseorang itu berdagang Forex, beliau mengambil kira dinamik indikator ekonomi seperti inflasi, kadar faedah, penjualan runcit, data pekerjaan, dll. Semua laporan ekonomi ini dirampaikan di dalam kalendar ekonomi. Perisitiwa berita termasuklah pengumuman gabenor bank pusat; perbincangan mengenai isu antara negara, misalnya, Brexit; pergantian anggota kerajaan. Walaupun beberapa berita boleh diramalkan, yang lain pula berlaku di luar jangkaan – dalam hal ini, para pedagang harus boleh menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Bagaimana cara berdagang sempena berita?

Salah satu cabaran dalam membuat analisis fundamental adalah belajar cara-cara mentafsir perubahan pada data ekonomi dan ucapan dari pihak berkuasa. Kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih terperinci bagaimana perubahan pada data ekonomi mampu mempengaruhi kadar tukaran matawang dalam pelajaran seterusnya. Namun ingat dengan baik beberapa peraturan logik penting di bawah.

  • Suatu matawang domestik akan meningkat sekiranya data ekonomi negara berkenaan bertambah baik dan menepati jangkaan.
  • Sebaliknya, jika data ekonomi negara tersebut ternyata lebih buruk daripada yang dijangkakan, nilai matawang domestiknya akan jatuh.

Bila anda berdagang pasangan matawang di mana dua matawang terlibat, anda menggunakan analisis fundamental untuk membandingkan ekonomi dua negara yang terlibat ini. Matawang bagi ekonomi yang lebih kuat akan meningkat nilainya berbanding yang satu lagi. 

ekonomi

Analisis fundamental saham

Apabila seseorang berdagang di pasaran saham, beliau membuat keputusan urusniaga berdasarkan laporan perolehan syarikat, yang menunjukkan bagaimana prestasi syarikat tersebut pada suku tahun sebelum itu. Ada 4 musim laporan perolehan dalam setahun, dan setiap musim tersebut berlanjutan selama beberapa minggu. Laporan perolehan diterbitkan atau diumumkan pada bulan pertama selepas suku tahun berkenaan (Januari, April, Julai, dan Oktober). Inilah masanya anda harus menyemak kalendar laporan perolehan untuk mengetahui bila masa yang sesuai untuk berdagang. 

Laporan perolehan memberikan peluang yang terbaik untuk merencamkan pelaburan dari matawang kepada saham dan meraih keuntungan dari gerakan besar harga yang akan berlaku di masa terdekat, sepanjang hari, dan setelah pengumuman laporan. Harga boleh naik atau turun puluhan peratus selepas pengumuman ini, jadi pedagang boleh memperoleh keuntungan dalam waktu yang sangat singkat. 

Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?

  • Sekiranya laporan kewangan (suku tahunan atau tahunan) menunjukkan bahawa syarikat itu berjaya meningkatkan keuntungan atau penjualan, pelabur akan tertarik dengannya. Permintaan untuk saham syarikat meningkat dan harganya akan naik.
  • Sekiranya syarikat itu mengumumkan bahawa keuntungannya telah menurun, stoknya akan jatuh bila ia diumumkan dalam berita.

Suatu kelebihan besar bagi pedagang FBS ialah betapa mereka boleh dagangkan saham dengan membuat kedua-dua jenis urusniaga, jual serta beli. Justeru itu, pedagang berpeluang meraih keuntungan walau apa juga laporan yang keluar.

Kesimpulan

Ada beribu-ribu faktor yang mempengaruhi kadar tukaran matawang, sungguh banyak sehinggakan anda mungkin pitam jika menganalisa semuanya secara serentak. Tapi jangan khuatir! Kami sentiasa sedia untuk membantu anda. Kami berharap dengan tutorial kami, anda akan pelajari semuanya yang anda perlu tahu tentang analisis fundamental Forex dengan mudah. Baiklah, kami tak akan merimaskan anda dengan cakap-cakap kosong lagi. Mari kita tuju terus ke pokok perbahasan kita.

Tadi kami nyatakan kepada anda, realitinya ada sangat banyak indikator ekonomi yang boleh mempengaruhi harga matawang. Namun mujur, kita boleh saring senarai ini kepada hanya beberapa indikator utama (digelarkan sebagai "penggerak pasaran"). Untuk permudahkan lagi perbincangan ini, kami cerakinkan mereka kepada empat kumpulan. Tinjau semua ini di dalam pelajaran seterusnya iaitu Faktor-faktor Fundamental.

Ikuti terbitan mengenai pengumuman ekonomi, laporan perolehan, dan berita-berita kewangan setiap hari! 

Webinar: Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

RBNZ meningkatkan sasaran mingguannya untuk pembelian bon, NZD / USD rendah

Di tengah lonjakan hasil yang tidak henti-hentinya, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan sasaran pembelian bon mingguan…

Anggaran rendah mudah dilepasi dan pencetus kenaikan dolar

Jangkaan untuk NFP Februari, yang diterbitkan pada hari Jumaat, 5 Mac, jam 13:30 GMT rendah dan mungkin terlalu rendah…

Apa yang akan terjadi ke atas euro selepas mesyuarat ECB?

Bank Pusat Eropah akan menerbitkan penyata dasar monetari mereka yang mengandungi pengumuman kadar faedah pada 11 Mac, jam 14:45 waktu MT.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera