Cara-cara berdagang dengan breakout

Cara-cara berdagang dengan breakout

Ada banyak perkakas teknikal yang membantu menentukan aras-aras penting. Para pedagang menggariskan aras-aras ini merentasi aras-aras tertinggi dan terendah sebelum ini, menggunakan pengunduran Fibonacci dan titik-titik pivot, garisan trend, dsb. Aras-aras penting bertindak sebagai sokongan/rintangan untuk harga. Lebih kerap harga menyentuh suatu ars, lebih sahih aras yang anda temui itu.
Bila harga menembusi suatu aras penting, ini bermakna ia harus terus bergerak di dalam arah tersebut. Namun, itu hanya akan berlaku di dalam kes breakout yang tulen, dan ini tidak berlaku setiap masa. Dalam banak kes, harga melepasi tahap tertentu tetapi tidak mampu mengekalkan pergerakannya. Ia kembali kepada julat harga sebelumnya, jadi breakout itu terserlah palsu.
Bagaimana boleh kita tahu jika suatu breakout (penerobosan) itu tulen atau palsu? Sebaik selepas harga bergerak melewati suatu aras, ia sukar untuk dikatakan. Pada waktu yang sama, terang lagi bersuluh bahawa seseorang pedagang harus dagangkan breakout yang tulen dan yang palsu dengan cara yang berbeza. 
Sila perhatikan bahawa pola-pola harga seperti terusan (channels), segitiga dan bendera (flags and pennants) sangat berharga untuk pengecaman titik yang berpotensi berlakunya breakout (penembusan). Lebih penting suatu aras itu, lebih sukar untuk ia dipecahkan oleh harga. Pada masa yang sama, ingat bahawa breakout tulen di aras seperti itu akan mendatangkan akibat yang lebih besar. 

Berdagang dengan breakout palsu

Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat lebih banyak breakout palsu berbanding yang tulen. Para pedagang novis cenderung terburu-buru masuk berdagang ketika breakout tanpa pengesahan ketulenan, akhirnya ditendang keluar dari pasaran oleh pemain-pemain besar.  
Jika selepas percubaan breakout, harga kembali kepada julat perdagangan sebelum ini dan kekal di sana, maka ia breakout palsu. Ia boleh berlaku sebaik selepas harga menembusi suatu aras penting atau selepas sehingga 4 kandil berlalu. Breakout palsu yang termanifestasi selepas 4 kandil dipanggil perangkap bull/bear (bull/bear trap). Pola pengunduran candlestick di kawasan berdekatan aras breakout memberikan petunjuk yang boleh dipercayai bahawa penembusan telah gagal. 

candlestick chart

Breakout palsu paling baik jika didagangkan satu arah dengan trend. Kami sangat mengesyorkan anda untuk menganalisa rangka masa H1 dan lebih tinggi kerana pada rangka masa lebih kecil (M30, M15, dsb.) aksi harga terlalu kecamuk. 
Satu kes yang perlu disebut adalah apa yang dipanggil pola Fakey, atau dalam perkataan lain, breakout palsu bar dalaman. Bar dalaman adalah sebatang candlestick yang terlindung sepenuhnya oleh candlestick sebelumnya. Jika anda lihat bar dalaman dan kemudian penembusannya berakhir dengan kandil bar jarum (pin bar candle) ia adalah signal yang kuat harga akan bergerak dalam arah yang bertentangan dengan penembusan palsu itu. 

candlestick chart 2

Berdagang dengan breakout tulen

Jika anda memutuskan untuk masuk pasaran dalam arah breakout, lakukannya dengan berhati-hati. Dalam banyak kes, dengan hanya meletakkan pesanan tertunda, contohnya pesanan Sell Stop di bawah sedikit dari garisan sokongan boleh memicu pesanan dan kemudian membawa kepada kerugian jika harga kembali jadi lebih tinggi. 
Untuk menyelesaikan masalah ini, sesetengah pemain meletakkan pesanan masuk untuk posisi short di bawah kandil breakout. Walaupun begitu, risiko breakout palsu tetap sahaja tinggi. 
Demi untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya, anda harus melihat pada kandil breakout. Panjangnya mestilah melebihi purata sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda. Ia juga perlu mempunyai badan yang penuh (ia haruslah bukan doji atau pin bar). Walaupun kandil menepati sifat-sifat yang dinyatakan dan ditutup di bawah aras sokongan, tunggu untuk kandil kedua - kandil pengesahan. Ia harus lebih kecil daripada lilin breakout serta tutup lebih rendah daripada aras breakout juga. 
Jika kandil pengesahan tutup berdekatan aras breakout, kita boleh masuk pada harga pasaran. Jika kandil tutup jauh dari aras breakout, kita letakkan Sell Limit lebih hampir dengan aras breakout. 

candlestick chart 3

Kesabaran adalah pilihan yang terbaik. Pada pola carta seperti ‘Head and Shoulders’ sering ada ujian ulangan (retest) untuk aras yang dibolosi. 
Jika anda memutuskan untuk berdagang ketika breakout, ini bermakna anda mengambil risiko yang lebih besar berbanding sebaliknya. Risiko yang lebih besar ini harus diambil kira dalam pengurusan risiko anda: adalah disyorkan untuk menggerakkan pesanan Renti Rugi ke aras pulang modal segera (gerakkan Renti Rugi anda ke titik di mana dagangan anda akan tutup dengan 0 kerugian lebih pantas berbanding ketika berdagang dalam julat atau trend). Nisbah risiko/ganjaran boleh setinggi 1:4, 1:5. Anda boleh menggunakan ''scaling out (tutup sebahagian posisi bila harga bergerak sejajar posisi anda).  
Jangan lupa tentang faktor seperti sentimen pasaran, berita ekonomi dan kemunasabahan. Perkara-perkara ini boleh memberikan anda petunjuk tentang apa yang sedang berlaku di carta. 
Sebagai kesimpulan, "pengesahan" adalah perkataan sakti anda. Tidak kira kita bercakap tentang penerobosan (breakout) tulen atau palsu. Breakout tulen perlukan lebih banyak pengesahan berbanding yang palsu. 

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

RBNZ meningkatkan sasaran mingguannya untuk pembelian bon, NZD / USD rendah

Di tengah lonjakan hasil yang tidak henti-hentinya, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan sasaran pembelian bon mingguan…

Anggaran rendah mudah dilepasi dan pencetus kenaikan dolar

Jangkaan untuk NFP Februari, yang diterbitkan pada hari Jumaat, 5 Mac, jam 13:30 GMT rendah dan mungkin terlalu rendah…

Apa yang akan terjadi ke atas euro selepas mesyuarat ECB?

Bank Pusat Eropah akan menerbitkan penyata dasar monetari mereka yang mengandungi pengumuman kadar faedah pada 11 Mac, jam 14:45 waktu MT.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera