Leveraj dan margin. Bagaimana anda boleh gunakannya dalam perdagangan Forex?

Leveraj dan margin. Bagaimana anda boleh gunakannya dalam perdagangan Forex?

Terdapat dua perkara yang para pedagang harus tahu berkenaan bagaimana Forex berfungsi sebelum mereka memulakan perdagangan. Ia adalah leveraj dan margin.

Jadi, apakah leveraj dalam Forex?

Leveraj ialah dana yang dipinjamkan. Ia merupakan sejumlah wang yang dipinjamkan kepada anda oleh pihak broker yang mana membolehkan anda mempunyai lebih fleksibiliti apabila berdagang dalam Forex. Memandangkan saiz lot Forex boleh menjadi terlalu besar, leveraj membolehkan anda berdagang lot yang besar dan membuka pesanan tanpa perlu mengumpulkan kesemua ekuiti anda dalam satu dagangan yang besar.

Ia lebih mudah difahami dengan satu contoh. Anda memilih untuk menggunakan leveraj dagangan 1:100. Ini bermakna daripada 100% wang tersebut, anda cuma menyediakan hanya 1% bahagian, manakala pihak broker akan menyediakan lagi 99%.

Anda tahu apabila anda berdagang Forex, anda berdagang dalam lot. Satu lot merupakan 100 000 unit monetari di dalam mata wang asas dagangan tersebut. Volum minimum dagangan kebiasaanya bersamaan 0.01 lot atau 1000 unit monetari daripada mata wang asas.

Jika anda membeli EURUSD, pembelian minimum ialah 1000 euro. Ia boleh menjadi terlalu banyak bagi seseorang pedagang, dan mereka hanya boleh membuka satu posisi pesanan sahaja dengan jumlah ini. Namun, jika pedagang tersebut menggunakan leveraj 1:100, mereka hanya perlu menyediakan 1% ataupun € 10 (pihak broker akan menyediakan lagi €990). Namun, keuntungan atau kerugian akan dikira berdasarkan keseluruhan jumlah yang dileveraj.

Perubahan nilai mata wang diukur dalam pip. Bergantung kepada satu-satu mata wang, tahap kemeruwapannya, tahap kecairannya, setiap pasangan mata wang mempunyai kiraan pip yang berbeza: untuk EURUSD, satu pip bersamaan dengan 0.0001. Disebabkan oleh satu peristiwa besar kewangan yang memberikan kesan terhadap USD, dan ia menurun sebanyak 50 pip. Jika seorang pedagang membeli 0.01 lot EURUSD, keuntungan beliau akan dikira berdasarkan saiz pesanan (€1000 untuk posisi paling kecil yang ada) dan digandakan dengan jumlah pip (0.0001*50). Keuntungan pada dagangan €1000 ialah $5, atau 0.5%.

Jika pedagang tersebut tidak menggunakan leveraj, beliau melabur €1000 dan keuntungan beliau adalah $5 atau 0.5%. Jika pedagang tersebut menggunakan leveraj 1:1000 dan melakukan dagangan yang sama, pelaburan beliau akan menjadi hanya €10, tetapi keuntungan kekal $5, menjadikannya memperoleh keuntungan sebanyak 50%.

Broker Forex menawarkan pelbagai saiz leveraj dan juga mempunyai syarat leveraj yang berbeza. Sebagai contoh, FBS menawarkan leveraj 1:50, 1:100, 1:200, 1:500, 1:1000, 1:2000, dan 1:3000. Di FBS, leveraj akan berbeza mengikut jenis akaun yang anda ada – ia boleh diakses pada Halaman Peribadi dan tukar pada tetapan Akaun. Anda perlu memilih leveraj yang paling sesuai dengan tahap kemahiran anda.

Jadi, apakah margin dalam Forex?

Anda telah tahu mengenai apa itu leveraj, margin pula sangat mudah: dalam dagangan Forex, margin merupakan jumlah wang yang diperlukan untuk anda membuka satu posisi pesanan. €10 yang disediakan pedagang dan sekiranya beliau menggunakan leverage 1: 100 dalam contoh di atas merupakan margin.

Pada tetingkap terminal "Trade" anda

Dana anda di dalam akaun dagangan ialah merupakan wang yang anda akan gunakan sebagai margin apabila berdagang dalam Forex. Jika seseorang pedagang menjangkakan keuntungan daripada sesebuah dagangan, beliau boleh menggunakan nisbah leveraj yang besar dan margin yang lebih kecil untuk mengawal saiz posisi dagangan yang lebih besar.

Syarat margin Forex bergantung kepada nisbah leveraj yang dipilih oleh pedagang dan juga berdasarkan saiz lot dan instrumen. Mari kami tunjukkan contoh leveraj dan margin FBS yang diperlukan untuk menggunakannya:

Leveraj Syarat margin Syarat margin untuk satu lot EURUSD (atau €100 000)
1:50 2% $2000.00
1:100 1% $1000.00
1:200 0.5% $500.00
1:500 0.2% $200.00
1:1000 0.01% $10.00
1:2000 0.05% $5.00
1:3000 0.033333333% atau 1/30% $3.3333333 atau €3 130

Platform dagangan anda akan menunjukkan angka margin bebas (atau margin digunakan) dan paras margin . Margin bebas merupakan wang anda di dalam akaun yang boleh digunakan untuk mengekalkan posisi sedia ada atau untuk membuka pesanan baru. Paras margin merupakan peratusan wang pedagang yang belum digunakan pada masa tersebut.

Jika posisi dagangan anda yang aktif sedang mengalami kerugian, paras margin anda akan menurun, dan untuk mengelakkan anda kehilangan semua wang, pihak broker akan menggunakan apa yang dipanggil margin call. Margin call adalah tahap margin tertentu (di FBS, ia sama dengan 40%) yang mana setelah dicapai oleh pedagang, mereka akan diberikan peringatan sama ada perlu menutup dagangan yang mengalami kerugian ataupun menambah dana ke dalam akaun.

Sebaik sahaja tahap margin turun ke tahap minimum yang dibenarkan, atau paras stop out (di FBS, iaitu 20%), beberapa posisi dagangan, bermula dengan yang paling rugi, akan ditutup secara automatik untuk mengelakkan pedagang mempunyai baki akaun yang negatif.

Ekuiti, paras margin, dan margin bebas berubah secara masa-nyata, jadi anda perlu memberi perhatian terhadap angka-angka tersebut, terutama sekali apabila anda menggunakan nisbah leveraj yang besar. Leveraj boleh menghasilkan keuntungan yang besar dengan pelaburan yang kecil. Dan, formula yang sama akan digunakan apabila mengalami kerugian, jadi sila berhati-hati apabila memilih leveraj: semestinya, keuntungan anda akan berganda, tetapi jika diambil kira kerugian pula, ia juga akan berganda.

Tonton video dari penganalisis kami untuk lebih memahami topik ini. Sekiranya anda bukan penutur asli bahasa Inggeris, cuba cari bahasa anda dalam senarai sari kata yang tersedia.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

RBNZ meningkatkan sasaran mingguannya untuk pembelian bon, NZD / USD rendah

Di tengah lonjakan hasil yang tidak henti-hentinya, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan sasaran pembelian bon mingguan…

Anggaran rendah mudah dilepasi dan pencetus kenaikan dolar

Jangkaan untuk NFP Februari, yang diterbitkan pada hari Jumaat, 5 Mac, jam 13:30 GMT rendah dan mungkin terlalu rendah…

Apa yang akan terjadi ke atas euro selepas mesyuarat ECB?

Bank Pusat Eropah akan menerbitkan penyata dasar monetari mereka yang mengandungi pengumuman kadar faedah pada 11 Mac, jam 14:45 waktu MT.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera