Julat (Ranges)

Perdagangan julat (range trading) dilakukan ketika pasaran tidak mempunyai arah pergerakan yang jelas. Bull mahu pun bear tidak berupaya untuk memulakan satu trend, dan harga bergerak ke sisi (sideways). Namun, ketiadaan uptrend atau downtrend bukanlah sebab untuk tidak berdagang. Untuk mencapai keuntungan ketika pasaran sedang dalam julat boleh dilakukan.

Pedagang julat (range traders) berharap harga akan didagangkan antara dua paras horizontal untuk suatu tempoh masa. Mereka menjangkakan harga untuk melantun dari garisan rintangan dan sokongan berkali-kali. Matlamat pedagang adalah untuk mendapatkan manfaat dari turun naik harga di dalam julat ini dengan menjual ketika di rintangan dan membeli ketika di sokongan.

1.png

Perhatikan bagaimana pasangan matawang major (EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, dan USD/CAD) lebih cenderung untuk membentuk trend. Memang ada masa-masanya berlaku pengukuhan pada mereka, tetapi masih tidak berapa sesuai untuk perdagangan julat. Pasangan-pasangan silang (EUR/GBP, CHF/JPY, AUD/CAD, dan GBP/JPY) lebih sering berada di dalam julat.

Bagaimana cara berdagang dalam julat?

Langkah pertama untuk berdagang di dalam julat adalah untuk mentakrifkan sempadan julat, atau di dalam perkataan lain, mencari sokongan dan rintangan. Cara yang paling ringkas adalah dengan memeriksa harga tertinggi dan terendah sebelum ini di carta. Jika harga-harga tertinggi (highs) menjajar dalam satu garisan horzontal, dan begitu juga dengan harga-harga terendah (lows) anda mungkin telah menemui kawasan rintangan dan sokongan. Pasti sekali, di dalam dunia sebenar harga-harga tertinggi tidak semestinya berada betul-betul di satu garisan yang tepat, begitu juga dengan harga-harga terendah. Namun, pasaran tidak membentuk higher highs dan higher lows seperti yang tipikal pada uptrend (atau lower high dan lower lows seperti di downtrend). Bollinger Bands juga boleh membantu mengesan sempadan julat kerana mereka memperlihatkan sokongan dan rintangan dinamik yang mengekang harga.

2.png

Langkah kedua adalah untuk mengesan keadaan terlebih beli dan terlebih jual pada harga. Idea di sini adalah untuk menjual bila suatu pasangan matawang sudah terlebih beli (di rintangan) dan membeli ketika ia sudah terlebih jual (di sokongan). Untuk mengesan keadaa terlebih beli/jual, para pedagang menggunakan sejenis indikator teknikal yang dipanggil “osilator”. Indikator seperti ini berayun turun naik sekitar satu paras pertengahan.

Bila suatu osilator menaik dari garisan tengah dan mencecah kawasan ekstrim di sebelah atas, ini bermakna pasangan itu sudah terlebih beli. Jika pasangan itu pada masa itu berada berhampiran dengan zon rintangan, maka tibalah masa untuk menjual.Bila suatu osilator menurun dari satu garisan tengah, dan ia tiba di kawasan ekstrim di sebelah bawah, ini bermakna pasangan itu sudah terlebih jual. Jika pasangan itu pada masa itu sudah berada berhampiran dengan zon sokongan, maka tibalah masa untuk membeli.Osilator yang paling popular adalah RSI, CCI, dan Stokastik. Stokastik tampaknya adalah yang paling sensitif terhadap aksi harga.

Sebagai rangkuman, harga yang hampir dengan sempadan julat dan signal dari osilator adalah picu (trigger) untuk masuk posisi. Kadar keberjayaan suatu dagangan lebih tinggi jika ada pola pembalikan candlestick (candlestick reversal pattern) berhampiran dengan sokongan/rintangan.

3.png

Pengurusan risiko

Adalah penting untuk menghadkan risiko perdagangan pada setiap masa. Risiko utama untuk pedagang julat adalah sekiranya julat itu ditembusi. Strategi perdagangan julat yang sukses menghasilkan keuntungan yang kecil tetapi konsisten, serta meminimumkan kerugian.

Perdagangan julat bagus bila pasaran tidak begitu meruwap. Justeru, adalah tidak disyorkan sama sekali untuk berdagang julat bila kemeruwapan mencanak-canak. Peristiwa dan berita boleh menendang harga jauh ke satu arah. Maka jika anda merancang untuk berdagang dalam julat, sila semak kalendar ekonomi untuk memastikan tiada pengumuman penting dijadualkan untuk matawang yang anda pilih.

Peratuarn untuk Ambilan Untung dan Renti Rugi di dalam perdagangan julat sangat ringkas. TP dipasang pada sisi berlawanan julat, sementara SL di pasang sekitar separuh amplitud julat. Ini memberikan ruang yang cukup untuk drawdown sementara dalam masa yang sama mengekalkan nisbah 2:1 ganjaran berbanding risiko. Adalah tidak disyorkan untuk scale in atau scale out posisi. Pertamanya, menambah saiz posisi akan meningkatkan risiko tanpa sebarang pewajaran. Keduanya, tidak ada sebab untuk menutup sebahagian dari dagangan kerana TP tidaklah terlalu jauh pun.

Kesimpulan

Perdagangan julat mempunyai logik yang mudah dan boleh dikuasai dengan mudah, walaupun untuk pemula baru (beginners). Dalam masa yang sama, adalah penting untuk ingat bahawa ketika di dalam julat, pasaran berada di dalam situasi tidak menentu. Sempadan suatu julat tidak begitu konkrit dan breakout palsu boleh sahaja terjadi. Justeru, perdagangan jenis ini memerlukan disiplin pengurusan risiko.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera