Sisihan Piawai

Indikator Sisihan Piawai menunjukkan sama ada kemeruapan sedang tinggi atau rendah. Di dalam artikel ini, kita akan mendalami indikator ini dan menerangkan bagaimana ia boleh membantu anda memasuki pasaran.

Apakah itu Sisihan Piawai di dalam konteks perdagangan?

Indikator Sisihan Piawai adalah ukuran statistik untuk kemeruapan pasaran. Ia mengukur sejauh mana harga menyisih daripada Purata Bergerak. Jika harga didagangkan di dalam julat perdagangan yang sempit, indikator Sisihan Piawai mengembalikan nilai yang rendah, yang menunjukkan kemeruapan yang rendah. Sebaliknya, jika harga turun naik dengan mendadak, Sisihan Piawai mengembalikan nilai yang tinggi, yang menunjukkan kemeruapan yang tinggi.

Indikator Sisihan Piawai di dalam MT5

Indikator Sisihan Piawai salah satu indikator yang sedia didatangkan secara default di dalam MetaTrader. Untuk mencari indikator, pergi ke "Insert", pilih "Indicators" dan kemudian "Trend".

Bagaimana cara untuk mengira Sisihan Piawai

Untuk mengira Sisihan Piawai, anda perlu:

  1. Kira purata semua titik data. Hasilnya dikira dengan menambah semua titik data dan membahagikannya dengan bilangan titik data.
  2. Kira varians bagi setiap titik data. Varians bagi setiap titik data dikira dengan menolak purata daripada nilai titik data.
  3. Kuasa duakan varians bagi setiap titik data (dari langkah 2).
  4. Jumlahkan nilai varian yang telah dikuasa duakan (dari langkah 3).
  5. Bahagikan jumlah nilai varians yang telah dikuasa duakan (dari langkah 4) dengan bilangan titik data di dalam set data tolak 1.
  6. Ambil punca kuasa dua bagi hasil pembahagian (dari langkah 5).

Mujurlah, MetaTrader melakukan semua pengiraan ini untuk anda. Anda hanya perlu memahami prinsip indikator ini dan cara mentafsir nilainya.

Apakah kegunaan Sisihan Piawai?

Sisihan Piawai boleh digunakan untuk tiga tujuan.

Pertama, ia digunakan untuk mengenal pasti "outliers". Outliers adalah kelainan atau sisihan dalam satu set data, yang menunjukkan situasi di mana peluang perdagangan yang baik boleh timbul. Mengenal pasti outliers boleh membantu terutamanya untuk scalper dan pedagang yang menggunakan strategi perdagangan tahap lanjutan.

Kedua, indikator ini digunakan untuk memilih saat kemasukan yang betul berdasarkan trend. Sisihan Piawai membantu untuk memahami sama ada harga semasa telah menyisih dengan cukup jauh daripada purata dan, oleh itu, boleh kembali ke nilai purata mereka.

Ketiga, Sisihan Piawai digunakan untuk menetapkan titik kemasukan berdasarkan outliers apabila harga menunjukkan julat perdagangan yang sempit, dan tiba-tiba Sisihan Piawai yang kuat menolak harga jauh dari min.

Sebagai contoh, anda boleh menerima signal “lolos dari julat” (“escape from the range”). Signal ini muncul selepas sebut harga meninggalkan julat – kawasan pembetulan sebelum permulaan pergerakan baru. Sebelum harga terkeluar dari julat, garisan indikator harus berada pada titik-titik terendahnya, dan anda boleh lukiskan garisan mendatar yang menyentuh aras-aras tertinggi terdekatnya di dalam tetingkap. Apabila harga terkeluar dari julat, garis Sisihan Piawai juga menembusi garisannya dari bawah ke atas, mengesahkan signal kemasukan. Pada carta 1 jam pasangan USDJPY di bawah, kita boleh lihat:

  • Harga menaik dari pola rata.
  • Garisan indikator mengesahkan signal, naik melepasi garisan yang dilukis menyentuh aras-aras tertinggi terdekatnya, dan anda boleh membuka posisi beli.
  • Renti Rugi diletakkan di bawah minimum terdekat. Keuntungan boleh dituai apabila harga mencapai aras rintangan penting atau selepas tanda-tanda penyongsangan muncul.

Sisihan piawai pada carta 1 jam USDJPY

Sisihan Piawai vs. Varians

Secara teknikal, Sisihan Piawai adalah punca kuasa dua bagi varian. Varians pula adalah jumlah bagi kuasa dua nilai yang diperolehi dengan menolak purata (x) dari setiap nilai dalam set data yang dibahagikan dengan bilangan nilai dalam set yang dinyatakan. Sisihan Piawai mengukur penyebaran pulangan di sekitar pulangan purata.

Dalam erti kata lain, Sisihan Piawai adalah ukuran kemeruapan. Ini adalah konsep yang penting dalam menilai risiko kewangan, dilihat sebagai kemungkinan bahawa pulangan akan tersebar di sekitar nilai yang dijangkakan.

Pro dan kontra Sisihan Piawai

Indikator Sisihan Piawai mempunyai pro dan kontranya sendiri. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

Kelebihan Sisihan Piawai

Indikator Sisihan Piawai merangkumi semua cerapan. Ukuran sisihan lain, seperti julat, hanya mengukur titik yang paling tersebar tanpa mempertimbangkan titik-titik di pertengahan. Oleh itu, Sisihan Piawai sering dianggap sebagai ukuran yang lebih andal dan tepat daripada cerapan lain.

Selain itu, Sisihan Piawai bagi dua set data boleh digabungkan menggunakan formula Sisihan Piawai gabungan khas. Tiada formula yang serupa untuk pengukuran cerapan penyebaran lain di dalam statistik. Di samping itu, Sisihan Piawai boleh digunakan dalam pengiraan algebra selanjutnya, tidak seperti cara pencerapan yang lain.

Kekurangan Sisihan Piawai

Sisihan Piawai tidak mengukur seberapa jauh titik data dari min. Sebaliknya, ia membandingkan kuasa dua bagi perbezaan, perbezaan antara varians sebenar dengan min yang kecil tetapi cukup ketara.

Selain itu, outliers mempunyai kesan yang lebih kuat pada Sisihan Piawai. Ini terutamanya benar apabila anda mempertimbangkan bahawa perbezaan dengan min dikuasa duakan, menghasilkan nombor yang lebih tinggi berbanding dengan titik data yang lain. Jadi ingat bahawa Sisihan Piawai memberikan lebih berat kepada nilai-nilai ekstrem.

Bagaimana cara mentafsir Sisihan Piawai

Sisihan Piawai menunjukkan skala perubahan harga yang berkaitan dengan Purata Bergerak. Jika nilai indikator meningkat, pasaran tidak stabil, dan ayunan harga agak tersebar berbanding purata bergerak. Sebaliknya, jika nilai indikator adalah kecil, kemeruapan pasaran adalah rendah, dan harga kekal berada berhampiran dengan purata bergerak.

Pedagang perlu tahu bahawa tempoh aktif dan tenang pasaran biasanya silih berganti antara satu sama lain, dan harga cenderung untuk kembali ke aras purata setiap kalinya:

  • Kenaikan garisan Sisihan Piawai memberi makna kemeruapan tinggi kerana harga penutupan dan harga penutupan purata berbeza dengan ketara. Tahap Sisihan Piawai yang tinggi melampau memberi amaran bahawa aktiviti semasa akan segera tenang dan akan diikuti dengan tempoh pengukuhan.
  • Penurunan garis Sisihan Piawai bermaksud volatiliti rendah dan menunjukkan bahawa pasaran tidak aktif kerana harga stabil. Sisihan Piawai yang melampau rendah boleh memberi signal kemunculan pergerakan pasaran.

Sisihan Piawai yang melampau pada carta GBPCAD

Di samping itu, nilai semasa Sisihan Piawai boleh digunakan untuk menganggarkan kepentingan pergerakan harga. Pergerakan yang lebih besar daripada satu Sisihan Piawai akan menunjukkan kekuatan atau kelemahan pasaran yang lebih daripurata, bergantung pada arah pergerakan.

Akhir sekali, indikator Sisihan Piawai sering digunakan sebagai sebahagian daripada indikator lain yang lebih canggih, contohnya, Jalur Bollinger. Jalur ini terdiri dari dua sisihan piawai di atas dan di bawah purata bergerak. Baca lebih lanjut tentang Jalur Bollinger.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, indikator Sisihan Piawai boleh membantu anda:

  • Memilih bahagian atas atau bahagian bawah pasaran yang penting.
  • Sasaran titik kemasukan di dalam trend.
  • Berdagang dengan penembusan jika harga didagangkan di dalam julat yang sempit dan Sisihan Piawai yang tinggi secara tiba-tiba menolak harga jauh dari min.

Indikator Sisihan Piawai amat mudah difahami. Ia menunjukkan sama ada kemeruapan sedang tinggi atau rendah dan membantu anda memasuki pasaran pada masa yang tepat.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera