Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan

Salah satu konsep yang paling penting dalam perdagangan ialah rangka masa (timeframe). Tanpa rangka masa, perdagangan mustahil untuk dilaksanakan.

Jom kita lihat apa itu rangka masa dan cara menggunakannya. Selepas anda membaca artikel ini, anda juga akan ketahui cara untuk menggunakan beberapa rangka masa secara serentak dalam perdagangan anda, ini boleh meningkatkan keberkesanan sistem perdagangan anda dengan ketara.

Apakah Itu Rangka Masa?

Rangka masa adalah suatu tempoh bagi pergerakan harga.

Contohnya, jika rangka masa ialah 5 minit, ini bermakna pada carta untuk aset yang dipilih, anda akan melihat bagaimana harga berubah pada setiap selang masa lima minit. Jika carta Candlestick Jepun atau carta Bar digunakan, ini bermakna satu candlestick/bar baharu akan muncul di carta pada setiap lima minit.

Jika rangka masa ialah satu hari, sebatang kandil atau bar baharu akan muncul pada setiap hari baharu perdagangan.

M1.png

Untuk berdagang dengan jayanya, mula-mula sekali anda perlu memilih rangka masa yang akan anda gunakan dalam strategi perdagangan anda dan yang akan menerima signal daripada sistem perdagangan untuk membuka / menutup urus niaga perdagangan.

Rangka masa ini dikenali sebagai rangka masa kerja.

Anda harus faham bahawa peraturan berikut perlu diambil perhatian dan digunakan semasa memilih rangka masa:

Lebih tinggi rangka masa yang dipilih, lebih tinggi ketepatan signal dan lebih rendah risikonya.

Lebih rendah rangka masa yang dipilih, ketepatan akan lebih rendah manakala risiko pula lebih tinggi.

Pada rangka masa yang lebih tinggi, trend harga biasanya lebih kukuh jika dibandingkan dengan rangka masa yang lebih rendah. Contohnya, jika harga sedang bergerak ke atas pada rangka masa harian (trend bullish), dan harga bergerak turun pada rangka masa 4 jam untuk aset yang sama (trend bearish), trend bullish akan lebih kukuh berbanding trend bearish.

Apakah Rangka Masa Utama Forex?

Rangka masa utama untuk Forex ialah 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, satu hari, satu minggu dan satu bulan.

Setiap rangka masa di atas dianggap lebih senior berbanding rangka masa yang disebutkan sebelumnya.

Setiap rangka masa di atas dianggap lebih junior berbanding rangka masa selepasnya.

Secara umumnya, kita boleh mengkategorikan rangka masa kepada kumpulan-kumpulan berikut: rendah, sederhana dan tinggi.

Rangka masa rendah ialah 1 minit, 5 minit dan 15 minit.

Rangka masa sederhana ialah 30 minit, 1 jam dan 4 jam.

Rangka masa tinggi ialah satu hari, satu minggu dan satu bulan.

image (3) (1).png

Dengan menganalisis rangka masa rendah, kita sebenarnya menganalisis tingkah laku jangka masa pendek harga bagi suatu aset; dengan menganalisis rangka masa sederhana, kita menganalisis trend jangka masa sederhana; dan dengan menganalisis rangka masa tinggi, kita sebenarnya melihat pada trend jangka masa panjang.

Yang Manakah Rangka Masa Yang Sesuai Untuk Perdagangan?

Sebenarnya, tiada konsep rangka masa yang terbaik untuk berdagang, begitu juga konsep strategi yang terbaik untuk berdagang.

Pilihan rangka masa hanya bergantung pada keutamaan subjektif pedagang - berdasarkan sikapnya, strategi perdagangan yang telah dipilihnya dan aset yang akan didagangkan. Mungkin di pasaran tertentu, beberapa strategi yang berkesan digunakan pada rangka masa rendah tidak akan berjaya apabila digunakan pada rangka masa sederhana atau tinggi, begitu juga sebaliknya. Tetapi pasaran juga boleh berubah. Mungkin juga berlaku keadaan di mana strategi yang digunakan tidak lagi berjaya pada rangka masa atau aset yang dipilih. Kemudiannya, pedagang harus memilih samada mereka ingin menukar strategi, menukar rangka masa atau mengabaikan analisis suatu aset tertentu.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Scalping

Pedagang yang berdagang pada rangka masa rendah digelar pedagang scalper.

Scalping adalah pendekatan yang paling berisiko dalam perdagangan; justeru ia lazimnya memberikan keuntungan yang tertinggi.

Scalper berusaha untuk mendapatkan keuntungan dalam rangka masa pergerakan harga yang sangat singkat dan biasanya mereka membuka dan menutup bilangan urusuniaga yang banyak.

Pada pendapat kami, rangka masa yang terbaik untuk scalping bukanlah 1 minit tetapi 5 minit. Scalping pada rangka masa 1 minit terlalu berisiko.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Intrahari

Perdagangan intrahari ialah gaya perdagangan bilamana perdagangan dibuka dan ditutup dalam rangka masa satu hari perdagangan. Pedagang yang menggunakan gaya ini digelar pedagang intrahari.

Pedagang intrahari biasanya menggunakan rangka masa pertengahan, dimana rangka masa pertengahan yang paling optimum ialah 1 jam.

Pedagang intrahari mengambil risiko yang kurang berbanding pedagang scalping, dan mereka tidak akan melanjutkan posisi mereka ke hari berikutnya.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Swing

Perdagangan Swing ialah perdagangan dalam tempoh satu minggu.

Pedagang swing mencari peluang untuk menangkap pergerakan harga dalam tempoh satu minggu. Sebab itulah rangka masa yang digunakan oleh mereka adalah rangka masa sederhana dan tinggi.

Rangka masa yang optimum untuk perdagangan swing ialah 4 jam dan satu hari.

Rangka Masa Terbaik Untuk Perdagangan Posisi

Perdagangan posisi melibatkan penggunaan rangka masa yang lebih tinggi.

Ini adalah pendekatan yang paling lama dalam perdagangan.

Perdagangan biasanya dibuka untuk beberapa minggu dan kadang-kala dalam masa beberapa bulan.

Dalam kes ini, rangka masa yang optimum ialah satu hari dan satu minggu.

The best time frames for trading (3) (1).png

Analisis Berbilang Rangka Masa

Sekarang, mari kita lihat cara untuk meningkatkan keberkesanan mana-mana sistem perdagangan dengan menggunakan beberapa rangka masa secara serentak.

Alexander Elder, seorang penganalisa teknikal yang tersohor, mengesyorkan sistem tiga-saringan dimana dua rangka masa perlu digunakan secara serentak untuk membuat keputusan yang seimbang. Rangka masa pertama adalah rangka masa kerja anda. Rangka masa ini adalah rangka masa yang digunakan bagi membuat keputusan untuk membuka/menutup posisi perdagangan.

Rangka masa kedua adalah rangka masa untuk membuat semakan. Rangka masa ini adalah yang paling hampir dengan rangka masa kerja. Elder mengesyorkan kaedah mencari rangka masa semakan yang sesuai adalah dengan menggandakan rangka masa bekerja dengan gandaan 3, 4 atau 5. Sebagai contoh, untuk rangka masa kerja 1 jam, rangka masa semakan yang sesuai adalah 1 jam*4 = 4 jam. Untuk rangka masa 1 hari pula, rangka masa semakan adalah satu hari* 5 = 1 minggu.

Oleh itu, setiap gaya perdagangan akan mempunyai rangka masa semakannya yang tersendiri, atau, seperti yang biasa disebut, rangka masa trend.

CLASSIFICATION.png

Prinsip asas di sebalik penggunaan dua rangka masa adalah kerana semasa membuka perdagangan, trend pada kedua-dua rangka masa tidak boleh bercanggahan antara satu sama lain.

Misalnya, andaikan kita berdagang mengikut arah trend dan mahu membuka perdagangan ke arah atas dalam rangka masa H1. Dalam kes ini, pada rangka masa H4, trend tersebut juga mestilah bullish. Jika trend tersebut bearish - adalah lebih baik jika anda tidak membuat sebarang transaksi.

Begitu juga, apabila kita membayangkan pedagang swing yang membuka perdagangan ke arah bawah pada rangka masa D1, dan berdagang dalam arah trend semasa. Dalam kes ini, trend tersebut juga mestilah bearish pada rangka masa W1.

Kesimpulan

Memilih dan menggunakan rangka masa dengan betul adalah komponen terpenting bagi mana-mana sistem perdagangan.

Rangka masa memberikan maklumat berharga tentang arah pergerakan harga dan sebab itulah ia menjadi pembantu yang terbaik untuk pedagang.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera