Apakah itu Lot, Pip, dan Leveraj

Apakah itu Lot, Pip, dan Leveraj

Ada sungguh banyak konsep dalam perdagangan! Pedagang pemula mudah berasa gelabah dan lemas dengan semua itu. Kami telah sediakan satu panduan yang universal mengenai definisi-definisi utama perdagangan dan aplikasinya khusus untuk anda, agar anda berasa cukup yakin di Forex.

Apakah itu Lot dan Saiznya

Semuanya mudah sahaja. Lot hanyalah unit untuk matawang. Untuk mengetahui saiz bagi satu lot, anda harus faham bahawa satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun.

Selain dari lot standard, ada dua lagi jenis lot – lot mini dan lot mikro. Lot mini bersamaan dengan 10,000 unit, manakala mikro – 1,000 unit. Sebelum membuka urusniaga, anda harus memutuskan jumlah wang yang boleh anda belanjakan.

Selain dari lot, semasa berdagang, anda mungkin akan menemui istilah seperti leveraj dan pip.

Apakah Maksud Leveraj dalam Perdagangan

Kini, anda sudah pun maklum bahawa untuk dagangkan EUR/USD, anda perlu ada $100,000. Ia satu jumlah wang yang besar. Walau bagaimanapun, keadaan sebenar tidaklah seteruk seperti yang terlihat. Broker Forex ada jalan yang membolehkan anda meraih keuntungan daripada Forex – leveraj.

Leveraj adalah modal yang dipinjam dari broker untuk tujuan pelaburan dan ia mampu menggandakan pulangan dari urusniaga. Anda tidak perlu modalkan sendiri kesemua wang ini – anda boleh meminjamnya dari broker anda. Untuk dagangkan satu lot standard bagi suatu pasangan, deposit haruslah bernilai $100,000. Oleh kerana leveraj standard adalah 1:100, anda boleh depositkan hanya $1000, dan broker akan uruskan baki selebihnya.

Saiz leveraj biasanya bergantung pada broker yang menjadi pilihan anda. Semak leveraj yang ditawarkan oleh broker FBS untuk mengetahui potensi anda.

Bagaimana Cara Mengira Pip Di Dalam Forex

Pip adalah istilah yang sangat penting dan sering digunakan dalam bidang perdagangan. Anda pasti pernah melihatnya dalam pelbagai artikel analitik bila ia membincangkan mengenai pasangan yang sedang naik atau menurun. Bila penyataan seperti itu muncul, ia pasti ada kaitan dengan jumlah wang yang boleh diraih oleh pedagang dalam perdagangan mereka.

Pip adalah singkatan untuk "percentage in point" (Melayu: peratusan yang disebut dalam bentuk mata). Ini adalah perubahan terkecil pada suatu pasangan matawang. Angka perpuluhan digunakan dalam mengira perubahan kadar tukaran pasangan. Agar lebih jelas mari kita gunakan USD/JPY sebagai contoh. Katakanlah harga USD/JPY adalah 109.70. Pip adalah perpuluhan terakhir pada harga. Apabila USD/JPY berubah dari 109.70 menjadi 109.85, amaun perubahan adalah sebanyak 15 pip.

Untuk mengira nilai satu pip, anda harus lihat pada kadar tukaran bagi pasangan itu.

Lihat proses kira-kira untuk USD/JPY:

bagaimana cara mengira nilai satu pip

Mari kira untuk pasangan USD yang mana kadar tukaran disebut dalam unit USD – EUR/USD.

bagaimana mengira nilai pip

Apakah Kaitan Antara Lot, Pip, dan Leveraj

Untuk mempraktikkan ilmu anda, anda harus mengetahui bagaimana semua konsep ini saling berkaitan. Untuk mengira keuntungan anda terlebih dahulu, anda harus tahu bahawa leveraj 1:100 meningkatkan potensi anda. Untuk mengira hasil perdagangan EUR/USD yang boleh dicapai dengan levera 1:100, gunakan maklumat berikut:

Bayangkan anda dagangkan pasangan EUR/USD dengan saiz lot 100,000. Anda depositkan $1,000. Leveraj anda adalah 1:100. Anda membuat urusniaga beli ketika harga adalah 1.1500, pasangan naik dan anda menutup posisi anda pada harga 1.1550. Ini bererti anda sudah meraih 50 pip.

  1. Urusniaga beli dibuka pada harga 1.1500 untuk EUR/USD dan saiz lot adalah 100,000.
  2. Satu pip bersamaan dengan $10.
  3. Posisi ditutup di harga 1.550. Hasilnya, anda meraih 50 pip.
  4. 50 pip bererti keuntungan anda $500.

Jika anda berdagang tanpa leveraj, dan dengan deposit $1,000 anda hanya mampu meraih $0.10 per pip dan secara total $5.

nisbah pip lot leveraj

Inilah semua maklumat asas tentang lot, pip, dan leveraj yang perlu diketahui. Kini anda sudah mengetahuinya dan boleh mula berlatih. Buka akaun dengan FBS dan jangan bazirkan masa anda lagi!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

EUR, USD, GBP: fokus sepenuhnya pada laporan PMI

Laporan PMI dari EU, UK, dan AS akan diumum sepanjang hari tersebut!

Bank Pusat Eropah Akan Bermesyuarat Pada Hari Khamis

Bank Pusat Eropah akan menerbitkan penyata dasar mereka pada 22 Julai, pukul 14:45 masa MT (GMT+3).

Bagaimana reaksi AUD terhadap Jualan Runcit Australia?

Jualan runcit bulanan Australia akan diumum pada 04:30 MT (GMT+3), hari Rabu, 21 Julai.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera