Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

2021-01-26 • Dikemaskini

30 Pip Sehari ialah satu strategi perdagang yang digunakan di pasangan-pasangan matawang yang meruwap seperti GBP/JPY. Ini kerana pendekatan ini memerlukan ruang yang luas untuk manuver perdagangan bagi mendapatkan margin keuntungan yang dikehendakkan. Juga, matawang yang meruwap sering memberikan titik-titik penyongsangan pasaran yang lebih jelas. Rangka masa yang digunakan untuk pendakatan ini adalah 5 minit.

Indikator-indikator yang digunakan 

  • Purata Bergerak Eksponen 10 tempoh (EMA-10)
  • Purata Bergerak Eksponen 26 tempoh (EMA-26)

Di bawah anda akan lihat bagaimana anda boleh temui indikator Purata Bergerak di menu MetaTrader dan di mana anda boleh tetapkan penggunaan kaedah Eksponen untuknya.

13.png

Idea dasar

Persilangan EMA digunakan untuk mentakrifkan trend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik, ia petanda suatu uptrend.

Jika EMA-10 menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus menuruh, ada tekanan ke bawah pada harga.

Pembukaan dan penutupan urusniaga

Langkah 1

Anda nantikan EMA-10 menyilang EMA-26. Ini akan memberikan anda petunjuk untuk bersiap bagi membuka posisi. Tambahan lagi, cara EMA-10 menyilang EMA-26 mentakrifkan arah pembukaan urusniaga, seperti yang akan dijelaskan dalam senario di bawah.

Langkah 2

Anda tunggu hingga harga mengikut arah yang dicadangkan oleh EMA untuk sahkan interpretasi pasaran anda.

Langkah 3

Anda tunggu pembetulan tempatan melawan trend yang dicerap. Anda akan bukan posisi di harga tinggi/rendah pengunduran ini. Niat anda di sini adalah untuk memukat julat yang akan dilalui oleh harga selepas ia keluar dari pembetulan dan mengikuti semula trend yang dicerap.

Berikut adalah contoh-contohnya.

Contoh

Posisi Short

Di carta M5 GBPJPY, kita dapat cerap adanya satu downtrend. Tambahan lagi, kita nampak bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari atas ke bawah dan terus bergerak ke bawah. Justeru, kita putuskan untuk menjual seiring trend menurun.Bagaimana pun, kita tidak menjual dengan serta merta. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke atas dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara dua EMA kita. Sekarang, kita letakkan pesanan jual.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di atas aras pesanan jual. Ambilan untung adalah 30-40 pip.

2.png

Posisi Long

Logik yang sama terpakai di pasaran yang sedang menaik.Pada carta M5 GBPJPY, kita cerap suatu uptrend. Juga, kita lihat bahawa EMA-10 telah menyilang EMA-26 dari bawah ke atas dan terus menaik. Lantas, kita putuskan untuk membeli seiring dengan trend menaik.Bagaimana pun, kita tidak membeli dengan serta merta itu juga. Sebaliknya, kita nantikan sehingga harga bergerak ke bawah dalam satu pembetulan untuk mencapai sekurang-kurangnya titik tengah di antara kedua-dua EMA. Sekarang kita boleh buat pesanan beli.Perhatian: Dalam senario ini, harga tidak hanya bergerak ke bawah ke titik tengah di antara dua EMA, tetapi jatuh lebih rendah – ini juga boleh diterima. Ideanya di sini adalah untuk mengesahkan bahawa pengunduran cukup signifikan untuk memberikan keuntungan maksimum sehingga ambilan untung terpicu aktif.Renti rugi harus diletakkan 15-20 pip di bawah harga pesanan beli. Ambilan untung adalah sejauh 30-40 pip.

3.png

Beri perhatian

Seperti yang anda boleh lihat, aras Ambilan Untung dan Renti Rugi agak jauh dari aras pembukaan posisi. Itulah sebabnya mengapa kemeruwapan matawang diperlukan untuk mencapai aras-aras ini dan menjadikan strategi ini berkesan. Di satu sisi lain pula, pendekatan ini boleh dianggap agak berisiko di atas sebab yang sama. Nisbah antara Renti Rugi (15-20 pip) dan Ambilan Untung (30-40 pip) adalah 1 kepada 2. Pedagang perlu mempertimbangkan ini dan lihat kesesuaiannya dengan ekuiti yang ada dan pengurusan risiko yang digunakan. Sebagai rangkuman, kita boleh katakan bahawa 30 Pip Sehari ialah suatu strategi yang menarik dan agresif untuk mencatat keuntungan yang baik dengan setiap urusniaga. Ia mudah digunakan tetapi perlukan keberanian. Jika ia diperkuat dengan analisis trend yang standard sebagai langkah semakan berjaga-jaga, ia boleh menjadi perkakas yang ampuh di dalam persenjataan seorang pedagang.

Strategi Perdagangan 30 Pip Sehari

Serupa

Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger
Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger

Di dalam artikel sebelum ini, kami telah menerangkan cara-cara berdagang menggunakan Purata Bergerak (Moving Average). Kini tiba masanya untuk meninjau satu lagi indikator lain yang berguna yang bernama Jalur Bollinger (Bollinger Bands).

Saham kitaran
Saham kitaran

Walaupun saham pertumbuhan meningkat naik pada tahun lalu, kini saatnya tiba untuk saham kitaran pula!

Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku
Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku

Walaupun indikator Ichimoku mungkin kelihatan aneh di mata pedagang baru, ia boleh digunakan untuk strategi perdagangan yang sangat baik. Berminat? Baca artikel kami!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera