5 tips untuk berdagang di musim cuti

5 tips untuk berdagang di musim cuti

2023-04-03 • Dikemaskini

Hujung Disember dan awal Januari adalah waktu yang janggal untuk pasaran kewangan: jadual perdagangan berubah kerana cuti perayaan dan ramai pedagang yang meninggalkan terminal mereka untuk berpergian. Ini menimbulkan satu soalan, "Bolehkah kita berdagang sepanjang dua minggu ini?" Jawapan FBS: ya, ia boleh dilakukan! Anda hanya perlu ingati beberapa tips supaya anda boleh membuat wang ketika orang lain berehat. 

shutterstock_1209180940.png

Tip #1 – Ambil kira trend musim dalam pertimbangan anda

Jika anda sudah pun mempunyai serba sedikit pengalaman berdagang, mungkin anda perasan bagaimana matawang cenderung untuk jatuh dalam satu waktu tertentu dan naik dalam tempoh yang lain – inilah yang dikenali sebagai "kecenderungan bermusim". Secara khususnya, apa yang dipanggil sebagai kesan "hujung tahun" ialah USD cenderung untuk melemah di hari-hari terakhir setiap tahun, tetapi ia mula pulih kembali pada bulan Januari dan Februari. Ini berlaku kerana tarikh akhir percukaian dan laporan. Sebagai tambahan, banyak posisi yang ditutup sebelum hujung Disember dan dibuka semula pada awal Januari. Pertimbangkan perkara-perkara ini bila merancang perdagangan anda dan berhati-hati menguruskan wang anda.

Tip #2 – Laras semula renti rugi dan ambilan untung

Biasanya kemeruwapan mereda di waktu musim perayaan. Oleh kerana itu anda perlu melaras semula saiz standard renti rugi dan ambilan untung anda. Sebagai contoh, jika anda biasanya meletakkan ambilan untung 100 pip dari titik masuk anda, mungkin memilih sasaran 70-80 pip adalah lebih baik. 

Tip #3 – Scalping jika boleh

Pasaran kurang meriah kerana ramai yang memutuskan untuk berehat dan menyambut perayaan. Kecairan lebih rendah dari biasa. Kesannya pasangan-pasangan major menghabiskan majoriti masa mereka di dalam julat yang sempit. Dalam suasana yang begitu, mungkin munasabah untuk mempertimbangkan strategi scalping – tapi jangan lupa untuk menyemak spread. Dalam analisis teknikal, fokus mencari aras sokongan dan rintangan. Teknik perdagangan dalam julat juga boleh membentu.   

Tip #4 – Periksa kalendar

Walaupun tiada perdagangan pada 26 Disember dan 1 Januari, hari-hari lain akan menawarkan kepada anda banyak peluang untuk membuka dagangan. Anda boleh temui waktu-waktu operasi pasaran dan FBS di dalam seksyen "Berita Syarikat" di laman web. Sila ambil maklum bahawa walaupun kalendar ekonomi di waktu perayaan mengandungi hanya beberapa peristiwa penting, satu berita yang kecil sekali pun boleh menggerakkan pasaran yang "tipis". Jadi walaupun pada kebanyakan masa pasaran di waktu perayaan tampak seperti laut yang tenang, keadaan boleh berubah sekelip mata dan mengakibatkan tanjak tajam (spikes) pada harga. 

Tip #5 – Lindungi diri anda dan sentiasa waspada 

Ingat tentang pengurusan risiko: pesanan renti rugi, sebagai contoh, akan melindungi anda dari kejadian yang tak diingini. Dalam masa yang sama, bersedia untuk membuat duit dari lonjakan besar harga yang berlaku sekali-sekala, dan gunakan MetaTrader versi mudah alih untuk memantau instrumen-instrumen penting.   

Kesimpulan

Anda mungkin pernah mendengar nasihat bahawa hujung tahun bukan masa yang terbaik untuk berdagang. Bagaimana pun jika anda berhati-hati dan memberikan perhatian kepada sifat-sifat khusus pasaran dalam waktu-waktu begini, anda pasti boleh berjaya.

Baca lebih lanjut

Serupa

Persaingan Wang Digital: Siapa Akan Menang?
Persaingan Wang Digital: Siapa Akan Menang?

Selepas Perang Dunia II, negara-negara berhadapan dengan banyak komplikasi akibat perang perdagangan, kemelesetan "The Great Depression", dan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera