Saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi Mei 2021

Saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi Mei 2021

2021-05-04 • Dikemaskini

Setelah melalui tahun 2020 yang sukar, tiada siapa yang yakin bila wabak koronavirus akhirnya akan berakhir. Ada terlalu banyak ketidaktentuan. Walau bagaimanapun, suku pertama 2021 benar-benar baik untuk pasaran! Pemulihan ekonomi global ternyata lebih mantap daripada yang dijangkakan lantaran dari program vaksinasi besar-besaran. Penjarakan sosial dilonggarkan di kebanyakan kawsan di seluruh dunia dan ekonomi telah mulai berkembang dengan stabil. Kejadian-kejadian ini tentunya memberi impak yang besar ke atas pasaran saham. Oleh itu, berdasarkan perubahan ekonomi semasa, wawasan jangka panjang kami, dan prestasi saham itu sendiri, kami telah merampai senarai saham-saham terbaik untuk diperdagangkan di bulan Mei 2021.

Berikut adalah saham-saham yang menunjukkan prestasi terbaik pada bulan April 2021

Simbol

Nama syarikat

Prestasi harga

MRNA

Moderna

29.76%

NVDA

Nvidia

14.62%

NVAX

Novavax

13.23%

GOOG

Alphabet Inc.

11.13%

TSLA

Tesla

10.94%

MSFT

Microsoft

10.88%

PYPL

PayPal

9.97%

V

Visa Inc.

8.62%

IBM

International Business Machines (IBM)

6.97%

PM

Philip Morris

6.43%

EA

Electronic Arts

5.46%

Sekiranya anda mencari saham yang terbaik untuk berdagang dengan risiko serendah yang mungkin, anda mungkin berminat untuk berdagang dengan indeks saham. Memilih saham individu mungkin suatu yang sukar di peringkat awal, itulah sebabnya mengapa ramai pelabur lebih suka berdagang dengan dana indeks, yang terangkum di dalamnya pelbagai saham. Baca lebih lanjut dalam artikel kami: “Bagaimana cara melabur dengan dana indeks”.

Berikut adalah saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi bulan Mei 2021

Simbol

Nama syarikat

TSLA

Tesla

MSFT

Microsoft

PYPL

PayPal

TRIP

TripAdvisor

MRNA

Moderna

DISNEY

Walt Disney

NVDA

Nvidia

BABA

Alibaba Group

JNJ

Johnson & Johnson

KO

Coca-Cola

GOOG

Alphabet Inc.

Tinjau senarai penuh saham-saham yang ada!

Anda boleh gunakan aplikasi mudah alih FBS Trader atau MetaTrader 5 untuk berdagang saham dan indeks!

Bagaimana cara berdagang saham?

Secara teknikalnya, anda boleh gunakan semua teknik yang anda gunakan untuk matawang dan komoditi, di pasaran saham. Sekiranya anda mengunjurkan harganya berpotensi naik, buka pesanan beli. Sebaliknya, jika unjuran anda mendapati harganya berkemungkinan turun, buka pesanan jual

внутренняя типс GM-3328.jpg

Tips untuk perdagangan saham

Pelbagaikan

Idea asas pempelbagaian (diversification) adalah untuk tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul - untuk merampai satu set yang terdiri dari pelbagai saham yang akan bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap peristiwa ekonomi yang sama. Mengapa? Untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka dari satu aset. Bagaimana?

  1. Melabur pada pelbagai sektor.
  2. Beli saham yang terkurang nilai (undervalued) dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dan gergasi yang sudah terbukti mantap selama beberapa dekad seperti Amazon atau Google.
  3. Pelbagaikan saiz dan jenis syarikat.

Baca artikel kami “Cara mencari dan memperdagangkan saham pertumbuhan”.

Pantau berita

Pastikan adna mengikuti bukan hanya berita tentang syarikat-syarikat yang sahamnya anda miliki, tetapi juga dengan peristiwa-peristiwa penting ekonomi. Sentimen keseluruhan pasaran cenderung memberi kesan yang besar kepada semua saham tanpa mengira keadaan kewangan semasa.  

Tonton Pelan Perdagangan Harian kami sentiasa maklum dengan perkembangan semasa.

Berdagang sempena laporan perolehan

Musim perolehan menawarkan peluang yang unik untuk para pedagang. Ini adalah masa di mana syarikat-syarikat terbesar Amerika menerbitkan laporan perolehan mereka untuk suku tahun sebelumnya. Harga boleh melonjak atau merudum puluhan peratus selepas pengumuman, jadi pedagang boleh meraih keuntungan dalam jangka waktu yang sangat singkat.

  • Sekiranya laporan kewangan (suku tahunan atau tahunan) menunjukkan bahawa keuntungan atau penjualan syarikat meningkat, pelabur akan berasa tertarik. Permintaan untuk saham syarikat berkenaan meningkat dan harganya naik.
  • Sekiranya syarikat itu mengumumkan bahawa keuntungannya telah merosot, sahamnya akan jatuh bila berita mengenainya disiarkan.

Yang bagusnya untuk pedagang FBS, mereka boleh berdagang saham secara dua hala iaitu dengan urusniaga jual dan beli. Oleh itu, para pedagang berpeluang meraih keuntungan tidak kira apa yang sedang berlaku!

Artikel ini ditulis oleh penganalisis kewangan bebas kami dan ia adalah pendapat peribadi beliau.

Saham-saham terbaik untuk didagangkan bagi Mei 2021

Serupa

Saham kitaran
Saham kitaran

Walaupun saham pertumbuhan meningkat naik pada tahun lalu, kini saatnya tiba untuk saham kitaran pula!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?

    Sekiranya laporan kewangan (suku tahunan atau tahunan) menunjukkan bahawa keuntungan atau penjualan syarikat meningkat, pelabur akan berasa tertarik. Permintaan untuk saham syarikat meningkat dan harganya akan naik.

    Sekiranya syarikat itu mengumumkan bahawa keuntungannya telah merosot, sahamnya akan jatuh bila berita mengenainya disiarkan. Butiran lanjut tentang perkara ini ada dikupas di dalam artikel "Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?"

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera