Huraian sistem aksi harga

Huraian sistem aksi harga

2023-04-03 • Dikemaskini

Berapa banyak perkakas yang anda gunakan dalam perdagangan? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa ada sistem perdagangan yang berkesan, yang tidak memerlukan apa-apa melainkan pola candlestick? Pendekatan ini bernama aksi harga (price action), dan ia sangat popular di kalangan para pedagang profesional. Mari kita ketahui apakah unsur-unsur asas aksi harga dan apa yang perlu anda kuasai untuk berdagang dengan sistem ini.

Apakah itu aksi harga?

Sistem aksi harga menjelaskan tentang perubahan harga suatu pasangan matawang.  

Kewujudan pendekatan ini sudah bermula sejak dari zaman Charles Dow lagi – beliau pengasas analisis teknikal. Menurut beliau, harga mengandungi semua maklumat dan fakta fundamental yang diperlukan. Segala sesuatu yang terjadi di pasaran terkamir pada harganya. Oleh itu, aksi harga menunjukkan inti pati pergerakan harga. Jika anda tahu cara melakukannya dengan betul, anda tidak perlu memahami pengiraan yang rumit dan membaca ribuan berita. Harga melakukan semua ini untuk anda. Oleh itu, kelebihan yang paling utama pada aksi harga adalah betapa pedagang membebaskan fikirannya dari maklumat yang tidak perlu dan mempunyai visi yang jelas tentang apa yang berlaku di pasaran.

Sebagai kesimpulan untuk mukadimah kami ini, kami ingin ketengahkan tiga faktor utama yang membuat aksi harga tampak menarik kepada para pedagang:

  • ia universal;
  • secara relatifnya ia amat ringkas;
  • ia sangat popular.

Untuk berdagang dengan sistem aksi harga, anda perlu tahu cara melukis garis trend, mengenal pasti aras sokongan dan rintangan, dan mengenali pola-pola candlestick.

Apakah senario yang sesuai untuk aksi harga?

Sekiranya anda seorang pedagang harian (day trader) yang bercita-cita tinggi dan meminati analisis teknikal serta perdagangan trend, sistem perdagangan ini sesuai untuk anda. Anda tidak perlu berhadapan dengan hingar pasaran (market noise) yang tidak perlu dan boleh memberikan tumpuan pada gambaran pasaran yang lebih menyeluruh.

Mengapa pedagang aksi harga tidak menggunakan osilator?

Selain dari kepercayaan ramai pedagang tentang "osilator sejagat", osilator hanyalah formula analisis harga. Anda tidak boleh menafsirkan isyarat pengayun (iaitu RSI meninggalkan zon terlebih jual/beli) sebagai satu kebenaran mutlak yang tidak boleh diragukan, dan perlu sentiasa mengesahkannya dengan fakta tambahan. Aksi harga membolehkan pedagang beroperasi dengan harga, bukan dengan derivatifnya. Apabila anda bekerja dengan sistem aksi harga, anda boleh gunakan beberapa osilator sebagai penyaring, tetapi jangan bergantung pada osilator berkenaan sepenuhnya.

Algoritma aksi harga

Sekiranya anda mahir dengan aksi harga, anda boleh uruskan semua perubahan harga berhampiran aras-aras penting. Mari pertimbangkan langkah-langkah yang anda perlu lakukan sebelum memasuki permainan aksi harga.

1. Pertama, anda perlu mengenal pasti aras sokongan dan rintangan.

Langkah ini penting bagi mana-mana pedagang yang ingin menguasai tindakan harga. Sekiranya anda berdagang pada rangka masa H1, gunakan H4 atau yang rangka masa harian untuk mengenal pasti aras-aras penting. Anda perlu lukiskan garisan antara titik-titik di carta anda di mana harga berubah arah atau berhenti untuk masa yang lama.

Sebagai contoh, mari kita gunakan carta harian NZD/USD, dan cari aras sokongan dan rintangan yang paling penting. Jangan tandakan terlalu banyak, hanya yang paling penting. Setelah menandakan aras-aras yang paling penting pada jangka masa yang lebih besar, anda perlu beralih ke rangka masa yang lebih kecil (H1) dan, sekali lagi, lukiskan garisan mendatar melalui titik-titik penting. Kami syorkan agar anda menggunakan warna yang berbeza.

1 (4).png

2. Kedua, anda perlu tentukan titik kemasukan anda.

Di sini, anda perlu ingat dan waspada tentang pola candlestick penyongsangan dan penerusan. Anda boleh temui pola-pola yang paling popular di Buku Panduan FBS. Jika anda baru bermula, memang sukar untuk mengesannya dengan pantas, jadi kami menasihatkan anda untuk mencetak artikel ini dan melatih mata anda. Sekiranya beberapa pola itu muncul berhampiran dengan tahap yang anda tandakan – bersiaplah untuk membeli atau menjual bergantung pada pola berkenaan. Sekiranya anda berasa ragu, gunakan osilator sebagai pengesahan.

3. Akhir sekali, jangan lupa untuk memasang aras renti rugi dan ambilan untung.

Bila anda beroperasi dengan sistem aksi harga, anda perlu meletakkan renti rugi 3-4 kali lebih jauh dari jarak antara pola candlestick dengan titik kemasukan posisi. Untuk ambilan untung pula, ia harus dipasang pada aras sokongan/rintangan yang seterusnya.

2 (3).png

Kesimpulan

Para pedagang yang cuba menentukan tindakan mereka di pasaran berdasarkan bacaan indikator mempunyai cara berfikir yang sangat terikat. Sebaliknya, mereka yang berdagang menggunakan data primer (pergerakan harga), hanya menumpukan perhatian pada satu elemen penting. Sudah tentu, anda perlu meluangkan banyak masa untuk berlatih dengan aksi harga, tetapi jika anda membina kemahiran dan gerak hati yang baik, anda berpeluang cerah untuk berjaya di masa hadapan.

LOG MASUK

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera