Saham kitaran

Saham kitaran

2024-03-04 • Dikemaskini

Walaupun saham pertumbuhan meningkat naik pada tahun lalu, kini saatnya tiba untuk saham kitaran pula! Setelah membaca artikel ini, anda akan…

  • tahu apakah itu saham kitaran (cyclical stocks),
  • belajar bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk memperdagangkannya,
  • dan mungkin cari saham kitaran kegemaran anda!

Apakah itu saham kitaran?

Mungkin, ada di antara anda yang sudah boleh meneka dari nama "kitaran", bahawa ia berkaitan dengan kitaran. Ya, anda betul! Istilah 'kitaran' merujuk kepada saham syarikat, yang prestasinya secara umumnya mengikuti kitaran fasa-fasa ekonomi: pengembangan, puncak, kemelesetan, dan pemulihan. Bayangkan sebuah roller coaster: saham kitaran naik di waktu ekonomi berkembang, mencapai paras tertinggi ketika ekonomi berada di puncaknya, jatuh semasa kemelesetan dan ketidakstabilan pasaran, dan akhirnya membuat perubahan trajektori dan mula naik semula di waktu pemulihan. Nah, ideanya jelas: saham memimik kitaran ekonomi. Tetapi bolehkah anda memberikan satu contoh dunia nyata atau contoh untuk beberapa segmen? Apa yang cenderung pengguna beli lebih banyak di waktu kemakmuran tetapi di waktu kemelesetan mereka kurang membelinya? Fikirkan selama beberapa saat dan kemudian bandingkan dengan contoh di bawah!

Nah, saham kitaran biasanya syarikat-syarikat yang menawarkan barang atau perkhidmatan yang bukan keperluan, seperti perkakas elektrik atau elektronik, kereta, dan hiburan. Selain dari itu, saham kitaran cenderung meruap dan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi di waktu ekonomi sedang mantap.

Contoh saham kitaran

Industri pelancongan, perhotelan, dan hiburan terjejas akibat sekatan penjarakan sosial di tengah-tengah wabak itu. Oleh kerana kekangan itu sedang mereda, orang ramai kini lebih bersedia dan mampu unutk mengeluarkan wang untuk melancong. Oleh itu, saham seperti Booking, TripAdvisor, Royal Caribbean, Walt Disney, dan Carnival menginci lebih tinggi.

Syarikat pengeluar kenderaan cenderung jatuh semasa kemelesetan ekonomi kerana pengguna mahu berjimat dan lebih berminat untuk mengekalkan kenderaan lama mereka berbanding membeli yang baru. Sebaliknya, orang ramai lebih terdorong untuk membeli kereta baru ketika ekonomi di fasa pengembangan. Oleh itu, saham seperti Ford, General Motors, dan Ferrari cenderung melonjak pada tahun 2021.  

Bank biasanya tidak untung di zaman kemelesetan. Sebilangan besar pengguna berhenti membuat gadai janji, dan pinjaman atau bahkan bergelut untuk membayar hutang mereka. Selain dari itu, kadar faedah cenderung turun sebelum dan semasa kemelesetan, akibatnya, margin keuntungan bank menurun. JPMorgan, Goldman Sachs, dan Bank of America akan meningkat pada tahun 2021 lantaran dari pemulihan ekonomi global.

Adalah penting untuk memberikan perhatian kepada trend pasaran kerana kadang-kadang kemelesetan ekonomi boleh mendorong kenaikan saham industri yang biasanya bersifat "kitaran". Sebagai contoh, saham teknologi dilihat sebagai saham kitaran, tetapi rejim perintah berkurung dan berkerja secara jarak jauh di waktu pandemik mendorong permintaan untuk perkhidmatan cloud dan platform striming kandungan hiburan. Oleh itu, saham syarikat-syarikat gergasi teknologi naik dengan banyak dan mengatasi tahap pra-pandemik.

Mengapa saham kitaran bagus didagangkan?

Saham kitaranan berbaloi dipertimbangkan didagangkan kerana beberapa sebab.

Kemeruapan

Saham kitaran cenderung meruap. Oleh itu, ia menawarkan pelbagai peluang untuk para pedagang membuka pesanan long dan short. Apabila ekonomi sedang berkembang, saham kitaran naik dan biasanya menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang bukan kitaran. Selain itu, pada masa kemelesetan, saham kitaran cenderung turun. Oleh itu, pelabur yang mengetahui perkara tersebut dari awal-awal lagi boleh membuka pesanan jual.

Khazanah tersembunyi

Adalah idea yang baik untuk cuba mencari saham kitaran yang terkurang nilai (undervalued) di akhir fasa kemelesetan kerana ketika pemulihan ekonomi tiba, saham dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi cenderung untuk meroket! Oleh itu, pastilah lebih baik untuk kita mengenal pasti saham-saham ini seawal mungkin.

Pempelbagaian

Umum sudah arif bahawa kepelbagaian atau kerencaman portfolio adalah cara yang terbaik untuk meminimumkan potensi risiko. Oleh itu, kebanyakan pedagang yang berpengalaman lebih suka memiliki saham kitaran dan bukan kitaran kerana adakalanya sukar untuk meramalkan kemelesetan atau pengembangan di masa yang akan datang.

Bagaimana cara berdagang dengan saham kitaran?

    1. Muat turun aplikasi FBS Trader di telefon bimbit anda untuk sentiasa memantau carta dan MetaTrader 5 di komputer peribadi anda untuk membuat analisis teknikal yang lebih rumit.
    2. Buat analisis teknikal dan fundamental dengan bantuan artikel dan video kami .
    3. Buka posisi dan pantau!

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera