Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, bahagian 2

Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, bahagian 2

2020-05-18 • Dikemaskini

Di dalam "Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, bahagian 1" kita telah melihat analisis carta dengan satu sudut pandang yang abstrak dan agak berfalsafah, mentafahus kesahihan dan keperluan terhadap aras-aras rintangan dan sokongan. Di dalam Bahagian 2 ini, kita akan lebih teknikal dan spesifik dalam usaha kita untuk menunjukkan kepentingan kejituan, kajian, dan pemeriksaan yang mendalam dalam analisis carta.

OK. Jadi anda mengatakan bahawa realitinya tidak ada aras sokongan atau rintangan yang wujud dan peniaga hanya melihat sesuatu yang tampak adil kepada mereka dan menandakan aras mereka berdasarkan penampakan tersebut?

Ya, tapi jangan salah faham. Dengan item perdagangan tertentu, tahap tertentu memang wujud, atau sekurang-kurangnya masuk akal jika ia ada. Sebagai contoh, dengan harga minyak ada tahap tertentu di mana penggalian minyak mentah tidak membuahkan hasil. Justeru, bagi setiap syarikat dan negara pengeluar minyak, ada paras harga tertentu, di mana pengeluaran minyak tidak menghasilkan keuntungan jika harga lebih rendah dari paras tersebut. Sebagai contoh, anda tahu bahawa - secara kasarnya - harga balik modal untuk minyak Saudi Aramco adalah $10. Di bawah paras tersebut, ia akan mengalami kerugian. Sudah tentu, dalam kes ini, Arab Saudi sebagai pemain utama dalam OPEC akan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong harga dan mendorongnya naik melepasi $10. Secara strategik, itu masuk akal. Mengetahui hal itu, anda mungkin meletakkan $10 sebagai aras sokongan untuk harga minyak kerana anda tahu bahawa dalam fikiran orang tertentu yang berkuasa di pasaran, $10 ini akan menjadi halangan mental yang akan mereka pertahankan. Dalam kes ini, ia alasan yang kukuh untuk menyebabkan orang-orang tersebut bertindak, dan dengan demikian, merupakan alasan dalaman bagi pasaran untuk berperilaku dengan cara tertentu. Namun, apa yang anda lakukan dengan emas iaitu menandakan aras $1,642 sebagai aras signifikan dengan alasan yang lemah di dalam Bahagian 1 memang tidak masuk akal.

Dan adakah halnya sama dengan matawang?

Dengan matawang, ia malah lebih lagi. Lihat berita: mereka kata, contohnya, AUD/USD sedang mendekati 0.6207 – maka kenapa kalau begitu? Ia hanya batu tonggak terdekat yang saya boleh letakkan di dalam laluan perjalanan harga. Ia begitu kerana saya yang pilih untuk ia jadi begitu, jadi saya juga boleh pilih untuk meletakkannya di mana-mana tempat lain.

1.png

Tidak, tunggu dulu. Ia secara objektif melawan gerakan harga untuk naik ke atas. Lihat, harga telah menyentuhnya pada 31 Mac, dan kemudian berpatah balik betul-betul di aras yang sama pada 17 April.

Harga bergerak ke bawah ratusan kali sehari, ribuan kali seminggu, dan seterusnya. Anda tidak boleh mengambil hanya dua cerapan dari ribuan kejadian dan berikan "kuasa khas" kepada cerapan-cerapan ini. Dengan logik yang sama, saya boleh letakkan seberapa banyak aras yang saya mahu, di mana saya suka. Hujung-hujungnya nanti, mana-mana garisan sekali pun hanya perlukan dua titik sahaja untuk dilukiskan. Tapi katakanlah memang ada sesuatu yang istimewa dengan AUD/USD di titik 0.6207. Aras itu apa sebenarnya?

Ia adalah aras yang mana harga tidak dapat lepasi ke atas sebanyak beberapa kali. Ia berpatah balik ke bawah di ketinggian itu.

Tiada masalah. Mari lhat pada salah satu penyongsangan tersebut dengan lebih dekat: mari ambil 31 Mac sebagai contoh. Saya menunjukkannya kepada anda seolah-olah anda melihat ke carta itu betul-betul di minit tersebut. Apa yang anda lihat? Harga melantun ke bawah dari 0.6207 itu, tetapi pada waktu itu adakah anda fikir ia kemudiannya akan menjadi peyongsangan yang tulen? Tidak mungkin.

2.png

Hanya ada kemeruapan yang meningkat, tetapi tidak banyak tanda terjadinya penyongsangan. Tapi katakanlah anda bijak, jadi anda tunggu beberapa minit lagi. Ini yang anda lihat seterusnya: harga melantun ke bawah semula dari 0.6207 yang konon-kononnya aras rintangan itu, namun masih sahaja – apakah ada petanda penyongsangan? Trend masih mendongak ke atas.

3.png

Walaupun anda melihat carta selepas harga jatuh ke bawah trend mini ke atas yang sudah ditanda ini, gambaran yang lebih menyeluruh  masih lagi lebih berbentuk bullish dari bearish.

4.png

Ok, apa yang anda ingin katakan sebenarnya?

Saya mahu katakan bahawa, jika anda mahu melihat aras-aras – anda akan melihatnya; secara asasnya, di mana sahaja yang anda mahu. Di satu sisi, objektiviti di sini sungguh relatif sehingga tiada beza dengan arbitrari, dan di sisi yang lain – anda perlu memeriksa  banyak rangka masa untuk memastikan anda betul dan tepat. Ketepatan di Forex adalah 50% kejayaan, dan ia boleh dicapai dengan masa, kajian, kesabaran, dan ketekalan. Itu intipatinya di sini: jangan arbitrari, cuba untuk objektif. Untuk itu, bersabarlah dan persisten dalam analisis carta anda. 

Psikologi perdagangan: melihat dengan betul, bahagian 2

Serupa

Pasangan yang terbaik untuk didagangkan
Pasangan yang terbaik untuk didagangkan

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui pasangan mata wang manakah yang paling popular di kalangan para pedagang, dan apa yang harus diketahui oleh setiap peniaga mengenai pasangan-pasangan tersebut.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera