1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kisah Warga Emas 80 Tahun Yang Meraih Berbilion-bilion Dengan Cara Yang Paling "Low Profile"
2023-03-31 • Dikemaskini

Kisah Warga Emas 80 Tahun Yang Meraih Berbilion-bilion Dengan Cara Yang Paling "Low Profile"

Kisah kejayaan billionaire biasanya bermula dengan seorang lelaki pintar dan berkarisma yang berpendidikan, bercita-cita tinggi, serta berani yang membuat keputusan pelaburan yang merubah kehidupannya. Dr. Herbert Wertheim tidak terkait dengan imej sebegini… sehingga beliau berjaya meraih satu billion pertamanya. Apakah rahsia beliau?

clipboard-image (4).jpg

Budak Tanpa Harapan

clipboard-image (1).jpg
Herbie Wertheim dilahirkan di Philadelphia pada 1939. Ibu bapanya, imigran Yahudi, berpindah ke Florida sebaik selepas Perang Dunia ke-2 dan membuka sebuah kedai roti yang kecil. Herbie bukanlah yang terpintar di bilik darjahnya: beliau menderita disleksia dan sering ponteng kelas untuk melepak bersama Orang Asli Seminole tempatan. Pada usia 16 tahun, beliau dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan ponteng sekolah. Beliau diberi pilihan yang berat: menyertai Tentera Laut A.S. atau ke sekolah pemulihan. Herbie memilih jalan yang pertama, dan jika anda masih tercari-cari di mana titik perubahan pada hidup beliau, inilah dia.

Jalan Panjang Menuju Kejayaan

clipboard-image (2).jpg
Tentera Laut telah mengubah budak "lemban" yang mempunyai masalah persekolahan dan ibu bapa ini menjadi seorang lelaki yang yakin dan bercita-cita. Beliau kini salah seorang murid terpintar di kelasnya dan mula belajar kimia, fizik dan mekanikal. Di Tentera Laut juga beliau idea tentang pelaburan terlintas di fikiran beliau buat pertama kali. Perang Dingin sedang di kemuncak, dan saham aeroangkasa Amerika sedang rancak meningkat. Wertheim menggunakan elaun Tentera Laut beliau untuk membeli saham dalam Lear Jet, dan di sinilah semuanya bermula untuk beliau.
Setelah kembali ke kehidupan awam, Herbie menjual barang-barangan di sana sini, sambil memikirkan apakah yang harus beliau lakukan seterusnya. Beliau masuk ke universiti pada tahun 1963 untuk belajar optometri dan membuka klinik swasta yang beliau usahakan selama 12 tahun seterusnya. Dalam masa yang sama beliau telah mencipta "neutralizer" kimia untuk cermin mata yang mengembalikan kanta berwarna kembali ke keadaan asalnya – dan inilah yang membuatkan beliau kaya. Hampir kaya, sebenarnya.

Melangkah Ke Pelaburan Serius

clipboard-image (3).jpg
Wertheim menubuhkan Brain Power Inc. untuk terus bereksperimen dengan bekalan penjagaan mata dan cuba membuat duit dengannya. Akhirnya beliau telah menjual produk-produk beliau kepada Bausch & Lomb, Zeiss dan Polaroid. Setelah sekian lama, syarikat beliau mula menjana wang yang agak banyak untuk Herbert, tetapi jika beliau berpuas hati dengan itu beliau tidak akan menjadi protagonis dalam sebuah kisah yang sangat menginspirasikan.
BPI tidaklah begitu besar. Herbert tidak pernah teringin untuk menguruskan syarikat yang gergasi. Apa yang beliau mahukan hanyalah wang yang cukup untuk dilaburkan, dan BPI sedang elok untuk itu. Selama bertahun-tahun, beliau telah melaburkan wang yang diperolehi dari paten-paten beliau ke dalam industri kepakaran beliau – teknologi, kimia, penerbangan, dsb. Dari insan yang tersisih, beliau menjadi orang yang memiliki pegangan dalam Apple, IBM, 3M, Microsoft dan Intel jauh sebelum orang lain tahu bahawa inilah "killer investments". Akhirnya beliau berjaya mengumpulkan kekayaan bernilai $2.3 billion.

Pengajaran dan Pelajaran

clipboard-image (5).jpg
Jadi bagaimana cara beliau memilih syarikat untuk dilabur? Apakah prinsip dan peraturan yang beliau gunakan? Berikut adalah sebahagian darinya.
  •  Labur pada apa yang anda percayai

Jika anda percaya pada harta intelek suatu syarikat, i.e. jika anda benar-benar fikir mereka menjual produk yang bagus, anda perlu terus setia kepada pilihan anda walaupun nilainya tampak semakin menurun. "Jika anda menyukai sesuatu berharga $13 sesaham, anda harus sukakannya pada $12, $11 atau $10 sesaham." – kata beliau. Jadi, gandakan pelaburan anda dan tunggu. Malahan, penurunan ini seharusnya menjadikan ia lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang.

  •  Labur pada apa yang anda tahu

Sebagai contoh, Dr. Wertheim tahun bagaimana cara kerja paten, dan beliau membuat pelaburan yang baik berdasarkan portfolio paten yang mengkagumkan sahaja. Jika ada industri yang anda benar-benar kenal luar dan dalam (atau matawang dengan dinamik yang jelas pada mata anda) ia cara yang baik untuk membuat wang dari ilmu anda.

  •  Usaha untuk lebih banyak lagi

Kuasa pengkompaunan (power of compounding) adalah apa yang sebenarnya membuatkan Wertheim kaya. Portfolio pelaburan beliau sangat-sangat pelbagai, itu belum termasuk lagi pelbagai bisnes dan projek lain yang beliau libatkan diri. Walaupun anda tidak akan membuat "dream investment" dengan pulangan yang menggunung, anda boleh membuat beberapa pelaburan yang memberikan pulangan sederhana dan masih mendapat wang anda.

Kesimpulan

Herbert Wertheim memberitahu bahawa beliau memulakan semua ini kerana beliau mahukan lebih banyak masa lapang – kerana "mempunyai masa adalah perkara yang paling berharga". Apakah motivasi anda? Lihat sekeliling untuk peluang pelaburan – mungkin anda boleh mengejutkan semua orang seperti yang dilakukan oleh Herbie.

Baca lebih lanjut

  • 4343

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera