1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pilih kumpulan aset anda untuk pelaburan jangka pendek!
2023-04-04 • Dikemaskini

Pilih kumpulan aset anda untuk pelaburan jangka pendek!

GM-3604 статья в блог про краткосрочные инвестиции_обложка.jpg

Sekiranya anda lakukan kajian rambang dan meminta orang yang ditemubual untuk menamakan aktiviti yang mampu menarik minat orang yang amat bersemangat, perdagangan dan bola sepak akan menjadi antara jawapan yang paling popular. Kedua-duanya berupaya membakar semangat yang berapi-api, memerlukan keputusan dibuat dengan pantas dan kemahiran yang tinggi. Sebagai contoh, situasi ketika anda berjaya menutup perdagangan anda sebaik setelah berlaku lonjakan harga yang besar boleh dikatakan sama seperti sensasi yang dirasakan bila berjaya menghasilkan gol menerusi hantaran panjang yang cantik. Satu lagi contoh lain yang jelas: anda perlu mempunyai pemain pertahanan (renti rugi) untuk melindungi skor, wang, dan reputasi anda.

Sama ada anda seorang pedagang pro atau jurulatih bolasepak, anda tahu bahawa permainan yang penting harus dimulakan dengan sebuah perancangan yang rapi. Sebagai sebahagian daripada rancangan pelaburan mereka, seseorang pedagang perlu memilih instrumen yang paling sesuai untuk strategi mereka. Sama seperti para pedagang, jurulatih bola sepak memilih pemain yang terbaik untuk permulaan sesebuah musim. Leicester City mungkin gambaran yang tepat untuk perkataan ini. Pasukan yang terbina dari para pemain yang mantap itulah yang mengekalkan kelab di tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Adakah anda ingin memilih instrumen untuk pelaburan jangka pendek sekuat pasukan Leicester City? Hari ini, anda berpeluang untuk melakukannya! Jom kita lihat calon para pejuang untuk pasukan anda bagi strategi pelaburan jangka pendek yang terbaik.

GM-3604 статья в блог про краткосрочные инвестиции_внутренняя.jpg

Mula-mula sekali, mari kita takrifkan dahulu apa itu pelaburan jangka pendek agar perbincangan ini lebih jelas. Istilah ini merujuk kepada instrumen kewangan yang boleh ditukar menjadi wang tunai dengan mudah. Dalam dunia Forex, istilah pelaburan jangka pendek digunakan untuk perdagangan dalam jangka masa intrahari (H4, H1, dan M30). Jadi, apakah aset-aset yang harus direkrut untuk pasukan anda?

Mari mulakan dengan aset-aset klasik! EUR/USD adalah apa yang anda perlukan jika anda ingin mula meneroka pelaburan jangka pendek anda dengan selamat. Ia bersifat defensif seperti Wesley Fofana atau Timothy Castagne dan ia juga boleh menghasilkan pulangan tinggi yang luar biasa.

Sekiranya anda lebih gemar berdagang dengan standard terbaik Inggeris, tinjau GBP/USD. Memperdagangkan pasangan ini dalam jangka masa pendek seolah-olah seperti menunggu sepain bir terbaik di sebuah pub di Leicester Square, atau mengantisipasi jaringan gol oleh penyerang kegemaran anda Jamie Vardy. Dalam kedua-dua kes, hasilnya pasti memuaskan.

Pedagang yang ingin merasa stabil semasa membuat pelaburan jangka pendek perlu memilih USD/JPY. Pasangan ini boleh mengukuh selama beberapa minggu dan bahkan beberapa bulan di antara aras sokongan dan aras rintangan yang kuat. Dengan cara ini, pedagang boleh meyakini bahawa pasangan itu akan melantun dari aras tertentu. Berdagang dengan pasangan ini seperti mengikuti pergerakan Jonny Evans dari Leicester City. Beliau pemain box-to-box yang sejati!

Akhir sekali, jika anda ingin mengikuti jalan pantas dan mendapat ganjaran yang besar dalam jangka pendek, anda perlu melihat USD/TRY. Aset ini seperti Çaglar Söyüncü: cepat dan sukar dijangka.

Hore! Anda telah mengumpulkan pasukan aset-aset pertama anda untuk pelaburan berpulangan tinggi! Sekarang, anda perlu memikirkan strategi yang anda ingin gunakan untuk memperdagangkan aset anda. Adakah anda ternanti-nanti untuk menggunakan strategi scalping?

Ingat, bahawa aset-aset ini pilihan yang bagus untuk pelaburan jangka pendek anda. Sekiranya anda ingin mempertimbangkan pelaburan jangka panjang, tinjaulah saham dan indeks yang berkaitan dengannya.

Baca lebih lanjut

  • 1937

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera