1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Setinggi manakah keuntungan yang boleh dibuat dengan Forex
2023-04-03 • Dikemaskini

Setinggi manakah keuntungan yang boleh dibuat dengan Forex

how profitable (1).jpg

Anda semua pasti pernah mendengar tentang George Soros, pedagang Forex lagenda sepanjang zaman. Selain itu, ramai juga pedagang biasa telah mencapai hasil yang tidak kurang lumayan. Mari lihat siapa lagi yang layak di masukkan dalam senarai para pedagang terbaik.

Salah seorang yang berhak diletakkan dalam barisan pedagang terbaik adalah Cheng Likuy, yang terkenal di seluruh dunia pada 2008. Pedagang yang merendah diri ini berasal dari Shanghai, China. Beliau mula berdagang dengan $400 dan telah mencatat rekod keuntungan Forex yang baru. Dalam masa kurang dari sebulan beliau telah pun mengumpulkan $247,000 di akaunnya. Cheng melaburkan hanya 6 bulan untuk berlatih. Pedagang ini tidak mendedahkan semua rahsia beliau tetapi berkata beliau telah menggunakan pesanan tertangguh (pending orders). 

Kisah paling ajaib telah berlaku pada 2012 bila Akhmad Arief yang telah menjadikan angan-angan jutaan pedagang satu kenyataan. Selepas dua minggu berdagang, beliau berjaya meningkatkan modal permulaannya dari $1000 kepada $1,000,000. Beliau telah menggunakan taktik yang agresif untuk memperdagangkan pasangan matawang major seperti GBP/USD dan EUR/USD. Tiada siapa menyangka beliau mampu menjadi pedagang menggunakan strategi yang berisiko tinggi.

Tentunya, keuntungan yang besar memerlukan pelaburan yang besar. Pulangan tahunan purata pedagang profesional setelah mengambil kira risiko adalah sekitar 20% hingga 100%. Kita boleh nampak dengan mudah perbezaannya: keuntungan 50% dari $100 adalah cuma $50 manakala dari $1,000,000 ia adalah $500,000.

Mampukah Forex mendatangkan pulangan yang cukup untuk menyara kehidupan?

Ramai pedagang yang dapat hidup selesa dengan berdagang Forex, dan sesetengahnya mendapat pulangan yang besar yang membolehkan mereka berkerja sendiri. Seorang pedagang Forex yang baru bermula boleh memperoleh keuntungan secara lestari dengan berdagang matawang walaupun dengan modal permulaan yang kecil. Ia cuma menuntut kesabaran, pembelajaran berterusan dan lahitan untuk mula menghasilkan keuntungan munasabah secara konsisten.

Tentu sekali, tiada siapa boleh menjamin pendapatan ini. Tetapi apabila seseorang pedagang itu sudah memperoleh pengalaman yang mencukupi untuk berdagang, mereka akan mendapat keberuntungan yang konsisten. Kemudian akan muncul peluang untuk mengkompaunkan akaun perdagangan sehingga, contohnya, $400,000. Selepas itu pulangan bulanan yang konservatif 3%-4% sebulan boleh memberikan $12,000 hingga $16,000 sebulan. Pasti sekali itu cukup untuk dijadikan saraan! Seberapa lama masa yang diperlukan bergantung kepada modal permulaan dan keagresifan setiap pedagang.

Kaedah perdagangan yang bagaimanakah yang harus dipilih?

Para pedagang Forex boleh dibahagikan kepada mereka yang mahu berdagang secara manual, mereka yang mahu meniru dagangan orang dan mereka yang mahu menggunakan perdagangan terautomasi. Setiap kaedah ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mempunyai pro dan kontranya bergantung kepada selera seseorang pedagang itu.

Perdagangan manual mendedahkan seseorang kepada sistem perdagangan Forex yang sebenar dan kawalan penuh ke atas perdagangan. Ia memerlukan banyak masa, perhatian dan ketepatan kerana semua pesanan dibuat oleh pedagang tanpa sokongan pengautomasian. Ini sangat berguna dan membantu pedagang untuk sentiasa waspada dengan situasi di pasaran. Justeru, bila semua perkara bergantung kepada sang pedagang, ia boleh mendatangkan stres jika ada banyak pesanan yang sedang aktif. Namun semuanya terserah kepada para pedagang jika mereka mahu membuka atau menutup posisi. 

Perdagangan terautomasi di Forex pula mempunyai kelebihan besar di mana ia tidak menghapuskan keterlibatan emosi bagi para pedagang baru. Anda boleh berdagang degan bantuan robot walaupun berjauhan dari komputer dan tidak mempunyai peluang untuk memantau carta. Malangnya, perdagangan automatik tidak membolehkan kawalan sepenuhnya ke atas akaun perdagangan. 

Copy Trading, atau Dagang Tiru, adalah salah satu trend terpanas dunia pelaburan ketika ini. Tidak seperti banyak sumber pendapatan pasif, ia terbuka untuk orang-orang kebanyakan yang tidak mempunyai modal pelaburan yang besar. Copy trading bermaksud anda meniru strategi seseorang pedagang. Seseorang pelabur itu melanggan seseorang pedagang profesional dan kemudiannya meniru dagangan-dagangan yang dibuat secara automatik. Dalam perkataan lain, sebarang posisi yang dibuka dan ditutup oleh pedagang profesional tersebut, mengakibatkan dagangan juga dibuka dan ditutup di akaun si pelabur. Dengan cara sebegini, tahap keterlibatan sang pelabur dalam proses perdagangan sangat minimum.

Semua tiga kaedah di atas memberikan manfaat yang sama dan boleh mendatangkan keuntungan yang lestari. Namun, perdagangan manual bolehlah diibaratkan seperti sukan yang kompetetif dan sengit seperti Formula 1, manakala perdagangan automatik dan copy trading lebih umpama duduk di dalam kereta konsep mewah yang dipandu oleh autopilot yang mantap.

Untung lebih banyak dengan FBS

Beberapa statistik dari FBS menunjukkan seberapa menguntungkan perdagangan Forex bergantung kepada saiz pelaburan. Adalah penting untuk diingati bahawa pelaburan adalah suatu yang berisiko dan mustahil untuk mengelakkan kerugian untuk mendapatkan keuntungan. Angka-angka membuktikannya. Sebagai contoh, di antara mereka yang memperolehi keuntungan bulan lalu, para pedagang yang melaburkan $100 atau kurang mendapat keuntungan 23% secara purata. Manakala mereka yang melaburkan $1000 atau lebih mendapat pulangan di antara 27% hingga 55%.

Perbezaan yang besar pada angka-angka ini, mungkin disebabkan mereka yang bersedia untuk membuat pelaburan yang lebih besar adalah lebih berpengalaman dan yakin diri.

Berdagang Forex boleh memberikan keuntungan, tetapi sebelum itu ia memerlukan persiapan, latihan, pembangunan strategi dan pengurusan risiko.

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

  • 29043

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera