1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pakar kewangan berkongsi pengalaman beliau dengan Forex dan menitipkan nasihat untuk para pemula
2023-12-06 • Dikemaskini

Pakar kewangan berkongsi pengalaman beliau dengan Forex dan menitipkan nasihat untuk para pemula

Pakar kewangan, penganalisa Forex dan mentor En. Reza Aswin berkerja sebagai konsultan bebas dan turut menyediakan analisis kewangan untuk FBS. Beliau bersetuju memberikan temuramah untuk blog kami dan ingin kongsikan beberapa tip dengan para pedagang kami.

Sudah berapa lama anda menganalisa pasaran Forex?

Saya mula mengikuti berita Forex secara profesional mulai 2005 dan sehingga hari ini masih terus mengamati nadi pasaran yang besar ini di samping sektor-sektor lain kewangan. 

Adakah anda sendiri seorang pedagang? 

Ya, saya berdagang di masa lapang di samping memberikan perundingan kewangan untuk beberapa syarikat besar yang terlibat di bidang berkaitan matawang dan niaga hadapan, serta makanan dan minuman.

Bagi saya, perdagangan adalah sebuah perniagaan, dan seperti perniagaan lain ia memerlukan pengiraan, pertimbangan, analisis, strategi dan perancangan rapi sebelum melakukan transaksi di pasaran.

Sesetengah orang hanya menggunakan pilihan BUY dan SELL, bila mana mereka harus ambil sedikit masa untuk berfikir dan menggunakan pilihan tunggu & lihat. Ini peraturan am perdagangan saya. Saya tidak berdagang setiap hari, sebaliknya saya tunggu waktu yang sesuai. Akan sentiasa ada peluang yang berdaya maju yang akan membawa keuntungan yang lebih besar berbanding potensi risiko yang saya hadapi jika pasaran bergerak tidak sejajar dengan jangkaan saya.

Sewaktu saya seorang pemula, seperti ramai pedagang saya malah tidak boleh tidur tanpa melakukan 3-6 dagangan sehari, walaupun hasilnya jarang-jarang bagus. Saya tahu sesuatu perlu diubah lalu saya mula belajar dan mencuba lebih gigih untuk mencari "Rahsia Di Sebalik Kejayaan Perdagangan Forex".

Akhirnya saya membangunkan sebuah strategi yang sangat sesuai dengan diri saya. Ia membantu saya meningkatkan keuntungan saya secara konsisten dan memerlukan hanya 3 hingga 6 dagangan seminggu. Ini perkembangan baik dan besar untuk saya kerana saya menghargai waktu saya. 

Kenapa anda jadi berminat dengan Forex?

Pasaran Forex adalah pasaran yang besar. Ia melibatkan banyak institusi kewangan, kerajaan dan syarikat-syarikat global yang membuatkannya mustahil untuk seseorang atau suatu organisasi tertentu untuk memintas atau memonopoli pasaran. Tambahan pula dengan kecairan yang tinggi, anda mempunyai bisnes yang boleh dikatakan terbaik yang ada.

Apakah nasihat anda untuk pedagang baru?

Nasihat saya untuk pedagang-pedagang pemula adalah untuk melaburkan masa anda untuk belajar sebelum anda melaburkan wang anda. Ini terpakai untuk apa jenis bisnes sekali pun, termasuk Forex. Memang benar ramai pedagang enggan menghabiskan wang untuk pendidikan, tetapi lebih gemar melabur di Forex tanpa memahami apakah ia dan bagaimana untuk berdagang.

Apakah kesukaran yang anda hadapi bila anda baru bermula berdagang?

Bagi saya, sukar pada mulanya untuk menentukan sentimen yang mendasari sesuatu peristiwa di pasaran global atau geopolitik. Apa yang akan mempengaruhi pergerakan pasaran dan pasangan yang mana akan terkesan oleh sesuatu peristiwa atau polisi. Satu lagi bahagian yang sukar adalah interpretasi dasar monetari bank-bank pusat yang menentukan arah pasaran besar itu.

Berapakah yang anda anggap sebagai pelaburan awal yang baik bila baru bermula dan baru belajar berdagang?

Setiap perniagaan akan mahu menggunakan prinsip ekonomi "modal sekecil yang mungkin, keuntungan sebesar yang boleh". Jelas sekali ini prinsip yang bagus untuk diikut oleh semua, termasuk para pedagang Forex. Jika kita bercakap tentang pemula, kita harus bermula dengan pengiraan pengurusan wang yang betul. Modal permulaan yang terbaik haruslah 30% dari saiz kontrak pasangan yang anda akan dagangkan (contohnya, $300 untuk akaun-akaun mikro).

Bagaimana dengan perdagangan demo?

Perdagangan demo sangat membantu bila anda mahu mengenali sesuatu broker. Ia juga satu perkakas yang hebat jika anda mahu mencuba kaedah atau strategi baru sebelum berdagang di akaun real.

Anda mempunyai apa-apa hobi?

Hobi saya adalah mengembara dan mengajar. 

Baca lebih lanjut

  • 6134

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera