Gaya Baru. Nilai Yang Sama

Gaya Baru. Nilai Yang Sama

Pada 29 Mac, FBS memperkenalkan gaya jenama yang baharu. Ia membuka lembaran baru dalam sejarah kemajuan syarikat. Selama 12 tahun, FBS telah berkembang menjadi sebuah syarikat antarabangsa yang besar dengan ekosistem produk perdagangan yang mantap untuk para pedagang dan pelabur dari setiap peringkat. Lebih daripada 16 juta orang di seluruh dunia mempercayai FBS, dan kami terus berkembang maju, menjadi lebih digital dan terkini untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik. Gaya baharu adalah satu lagi langkah ke arah pengalaman perdagangan yang paling lancar untuk para pelanggan FBS. 

Mengapa FBS Berwajah Baharu

FBS mempunyai beberapa produk dengan fungsi dan tujuan mereka sendiri. Setiap elemen reka bentuk baharu, seperti logo, warna, font, atau blok membawa maknanya yang tersendiri, menonjolkan keunikan setiap produk FBS, dan menjadikannya lebih dikenali dan mudah dikendalikan oleh pengguna.

Di FBS, sesiapa sahaja pasti akan menemui sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, FBS Trading Broker adalah e-cabinet dengan versi web dan aplikasi, di mana anda boleh menguruskan akaun, deposit dan mengeluarkan dana, dan menjejak kemajuan anda. Ia memiliki warna hijau seperti taman yang sesuai dengan reka bentuk sebelumnya dan horizon baru yang mencerminkan usaha yang berterusan untuk menggapai masa depan yang lebih baik.

Seterusnya, FBS Trader, platform perdagangan semua dalam satu, kini diperlambangkan dengan warna emas. Dengan aplikasi ini, perdagangan secara on-the-go, yang ternyata amat berharga di dunia moden yang pantas  berubah, tersedia secara percuma untuk sesiapa sahaja! Akses mudah ke perdagangan online global sentiasa tersemat di dalam poket anda.

Akhir sekali, FBS CopyTrade adalah aplikasi perdagangan sosial bagi mereka yang lebih menyukai pelaburan moden. Warna oren yang terang melambangkan sang suria yang terbit menyingsing fajar baharu, simbol permulaan dan peluang baharu. Kini logo app menggema intipati umum aplikasi ini– meniru aksi para pedagang yang berjaya.

Seterusnya

Gaya jenama yang diperbaharui menandakan permulaan era yang lebih berorientasikan pelanggan dalam sejarah FBS. Dunia sedang berkembang, lebih banyak inovasi datang dan pergi, tetapi ada sesuatu tetap takkan berubah – terima kasih kami kepada anda semua, yang menjadi sebahagian dari keluarga besar FBS. Kami berharap anda dapat menikmati kemas kini ini. Kami berjanji tidak akan terleka dan akan terus bertambah baik sehingga hidup anda menjadi lebih mudah dan ceria!

Baca lebih lanjut mengenai gaya baharu kami dan teruskan mengikuti perkembangan terkini dari kami. Lebih banyak kemas kini menarik akan tiba!

FBS is always by your side.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera