Sejarah kami

Broker FBS – terus berkembang. Mari kita melangkah maju ke hadapan!

2009

Siap sedia, MULA!

2009 menandakan pintu masuk FBS ke pasaran antarabangsa. Kepuasan dengan perkhidmatan dan ulasan kecemerlangan daripada pelanggan membantu kami cepat mendapat kepercayaan dan memihak kepada pedagang di seluruh dunia.

Kualiti kerja yang sangat baik memberi pertumbuhan yang pesat pada populariti syarikat kami- pada akhir tahun pertama operasi, FBS sudah menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 50 000 pelanggan. Pada tahun yang sama kami mula membina rangkaian rakan kongsi setia kami dari pelbagai negara dan mewujudkan perkhidmatan sokongan pelanggan antarabangsa.

prize

2010

Nasib pemula

FBS menerima anugerah berprestij yang pertama - "Broker Forex Mini Terbaik". Keyakinan pakar-pakar berkhidmat membuktikan bahawa syarikat ini berada di landasan yang betul. FBS terus meningkatkan perkhidmatannya, dan pada akhir tahun jumlah pelanggan meningkat sebanyak separuh! Pada masa yang sama kami mula mengadakan pelbagai peraduan dan membangunkan sumber analisis kami sendiri.

FBS terus meningkatkan perkhidmatannya, dan pada akhir tahun jumlah pelanggan meningkat sebanyak separuh! Pada masa yang sama kami mula mengadakan pelbagai peraduan dan membangunkan sumber analisis kami sendiri.

prize

2011

Pengiktirafan antarabangsa

FBS sudah berkali-kali dianugerahkan "Broker Forex Mini Terbaik", tetapi kali ini pada skala global. Syarikat mengambil bahagian yang aktif dalam pameran, mengadakan seminar dan menerima pengiktirafan sejagat.

Juga adalah tahun memperluaskan geografi kami. Jumlah bilangan pelanggan melampaui angka 100 000! FBS sentiasa menerima maklum balas yang hangat dan memperoleh rakan kongsi yang setia.

prize

2012

Kepercayaan selayaknya

Senarai anugerah berwibawa FBS mendapat 3 anugerah berturut-turut - "Broker Berkembang Rerpantas Asia", "Broker Forex Terbaik Asia", "Platform Terbaik MetaTrader 4 ". FBS mencapai kejayaan besar dan kepercayaan! Kami terus menggalakkan pelanggan kami - dana hadiah peraduan kami didarabkan dengan beberapa kali, kami memperkenalkan insurans dana. Semakin ramai rakan kongsi dan cawangan FBS dibuka di negara mereka.

prize

2013

Perubahan yang besar

FBS bersedia untuk mencapai tahap seterusnya - kami mula melaksanakan teknologi dan perkhidmatan yang canggih. Kami membangunkan interaksi kami dengan pelanggan dan mengambil bahagian dalam acara-acara utama dunia Forex. Tahun ini kami menerima sebanyak 4 anugerah dalam pencalonan "Broker Terbaik di Asia", "Broker Terbaik di Asia Tenggara", "Program Perkongsian Terbaik", "Platform Dagangan Terbaik". Jumlah pedagang kami menghampiri 400 000.

prize

2014

5 tahun pertumbuhan yang kukuh

FBS meraikan ulang tahun ke lima tahun. Dalam penghormatan sambutan itu kami mengadakan cabutan besar dan memberi ganjaran kepada pelanggan kami. FBS mendapat banyak ucapan salam dan deklarasi sayang! Selama empat tahun berturut-turut syarikat kami dianugerahkan "Broker Terbaik di Asia." Kami sudah mempunyai lebih daripada setengah juta pelanggan. Tahun ini kami turut melancarkan Halaman Peribadi FBS baru dan laman web syarikat.

prize

2015

Mengemaskini rekod kami

FBS dengan sendirinya dan mendapat 11 anugerah antarabangsa. Kawasan-kawasan baru yang ditawan, dengan pejabat-pejabat perwakilan dibuka di sana. Pertumbuhan semakin laju, bilangan pelanggan dan rakan kongsi melebihi 1 juta! Perolehan syarikat meningkat lebih daripada dua kali ganda. Syarikat menjalankan kempen amal yang besar, memberikan bantuan untuk lebih daripada $400 000.

prize

2016

Pencapaian besar

Secara rasminya FBS kini berada di kelompok teratas dengan 200 juta pesanan telah dibuka dan lebih dari 2.5 juta pedagang aktif dari seluruh dunia. Kami berkembang terus-menerus – setiap hari kami menerima sekitar 7000 pedagang baru, 4 pejabat wilayah dibuka setiap tahun, dan 6 anugerah antarabangsa bukan omongan kosong. Bagaimana pun, kami tidak lena dibuai oleh semua pencapaian ini dan sentiasa berusaha sehabis upaya kami untuk menjadikan servis, promosi dan pengalaman keseluruhan pelanggan bersama kami menjadi lebih baik lagi!

prize

2017

Satu tahun yang gemilang.

Tahun yang sukar dilupakan itu membawa pertumbuhan yang tak mampu dikekang untuk FBS. Ada banyak potensi untuk dieksploit, dan kami telah gunakan peluang ini. Kami telah mengucapkan tahniah kepada pedagang ke-3 juta pada Januari 2017, dan pasukan kami telah membuat panggilan telefon bertuah kepada pedagang ke-6 juta pada bulan Disember 2017. Congakan pantas menunjukkan kami telah menerima kemasukan 6000 pedagang baru ke dalam keluarga besar internasional kami setiap hari.

Pada 2017, kami telah menerima anugerah bagi pencalonan-pencalonan berikut: “Broker Terbaik Asia Tenggara 2017”, “Broker FX Terbaik Indonesia”, “Program IB Terbaik Global”, “Broker Forex Terbaik Thailand 2017”.

Kami telah mendekati para pelanggan kami serapat yang mungkin. Tahun ini, kami telah membuka 7 pejabat tempatan di Thailand, satu di Turki, Shanghai dan Laos. Banyak seminar, kursus-kursus pendidikan dan bengkel telah dianjurkan sepanjang tahun lalu.
Masa tidak menunggu sesiapa, justeru kami terus mengejarnya. Matawang kripto menjadi trend terbaru, dan tahun ini kami telah menambah 4 instrumen baru untuk didagangkan dengan persyaratan yang paling menyenangkan: Bitcoin, Litecoin, Dash dan Ethereum. Tampaknya seperti sudah satu tahap yang baru, dan kami tidak akan berhenti memperbaiki servis kami di tahun hadapan.

Kami sudah bersedia untuk pencapaian baru, anda pula bagaimana?

prize

2018

Pertumbuhan Luar Biasa

Tahun 2018 ternyata tahun yang pencapaian besar dan membuka mata. Kami telah menumpukan seluruh tenaga kami kepada para pelanggan FBS dan bersyukur bila berhasil mendapat kepercayaan lebih dari 11 juta pedagang dan 370,000 rakaniaga.

Kita telah melangkah dan maju bersama-sama, berkongsi ilmu menerusi seminar, webinar, postingan blog, dan artikel-artikel analitik. Untuk kekal berada di arus trend semasa pasaran, kami telah memperkenalkan instrumen-instrumen berguna yang membuka kemungkinan baru:
- Aplikasi FBS CopyTrade – platform perdagangan sosial untuk berkongsi kepakaran berdagang
- Berdagang Saham kira-kira 100 syarikat dari bursa saham Amerika Syarikat
- Program Kesetiaan - inspirasi terbaru dari FBS yang menggalakkan sasaran kewangan yang tinggi untuk waktu mendatang.

Tahun itu meriah dengan acara, termasuklah FBS Leaders Summit di Sentosa, Parti Ulangtahun ke-9 di Surabaya, Pesta Pedagang di Kaherah, 8 ekspo kewangan termasuk Cairo Investment Expo 2018. Pastinya kami tidak terlepas dari demam Piala Dunia 2018. Peraduan FBS Football Journey menerbangkan 55 orang pedagang ke Russia untuk menyaksikan sendiri temasya tersebut.

Meneruskan tradisi kami, FBS telah menerima beberapa anugerah baru: “Most Transparent Forex Broker - 2018”, “Best Forex Trading Account 2018”, “Best Copy Trading Application Global - 2018”, “Best Forex Broker Asia-2018”, “Best Investor Education - 2017”, “Best FX IB Program - China 2017”.

Pada tahun 2018, keluarga FBS terus cakna tentang mereka yang memerlukan. Promosi amal tahunan sewaktu bulan suci Ramadan membolehkan kami mengumpul $310,478! Selain dari itu, kami telah menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir Laos dan gempa bumi di Lombok.

Dengan semangat yang semakin tinggi, kami bersedia untuk membuat kejutan baru dan melonjak lebih tinggi di tahun 2019!

Bersambung!

prize

2019

Dinamik dan makmur

Pada tahun 2019 kami telah berkembang dan mempunyai 14+ juta pelanggan di seluruh dunia, meningkatkan servis sedia ada, bertapak di beberapa "app store", menaik taraf program Rakaniaga kami, dan mendapat pengiktirafan di Asia dan Eropah.

Pada bulan Disember, ketiga-tiga aplikasi kami telah dilancarkan untuk Android dan iOS: FBS – Laman Peribadi Mobile, FBS Trader, serta CopyTrade. Justeru, FBS mempunyai barisan aplikasi yang lengkap untuk menyokong apa jua tindakan yang pedagang pilih untuk lakukan sehari-hari: menguruskan akaun, berdagang di platform yang ringkas dan intuitif, dan meniru urusniaga pedagang terbaik di pasaran.

Dari segi servis, kami telah tambahkan indeks NASDAQ dan S&P 500 dan memperkenalkan akaun Yen. Laman Peribadi kini lebih mesra pengguna dan lebih pantas. Untuk program Rakaniaga pula, keseluruhan logik di sebalik program tersebut telah dirombak. Kini kami mempunyai laman web baru yang menunjukkan pilihan jenis kerjasama. Ada dua program rakaniaga – FBS Affiliate dan FBS Introducing Broker.

Tahun ini kami telah mendapat lebih banyak anugerah: Most Progressive Forex Broker Europe, Best Forex Broker Europe, Best Forex Broker Vietnam, Best Forex Broker Middle East, Best Copy Trading Platform, Best Trading Service in Vietnam, Best Broker in Malaysia.

Seperti biasa, pasukan kami telah melancarkan promosi-promosi yang berjaya, termasuklah Trade 100 Bonus dan permainan Trip for Pip. Pada tahun 2020, kami telah meneruskan tradisi tanggungjawab sosial. Pada promosi tahunan Ramadan, FBS telah mengumpulkan $241,221 untuk membantu sembilan organisasi kebajikan. Kami telah membantu mereka yang memerlukan dan menunaikan impian indah 12 orang insan yang telah berkongsi impian mereka di Facebook menerusi promo Dreams Come True.

Kami dapat merasakan tahun depan pasti menjadi tahun yang lagendaris! Teruskan bersama kami!

Bersambung!

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera