Soalan yang lazim ditanya
-
Apakah itu Kalkulator Pedagang?
Kalkulator pedagang atau kalkulator Forex adalah satu alat pengurusan dana yang memudahkan dan membolehkan kita membuat pertimbangan dan perkiraan bagi pesanan-pesanan kita dan memutuskan jika itu sejajar dengan aspirasi kita.
-
Bagaimana cara kerjanya?
Selepas anda memasukkan dan menghantar data yang berkaitan dengan pesanan anda, anda boleh melihat bagaimana parameter-parameter tersebut mempengaruhi spread, swap long/short, margin, saiz kontrak, dan nilai pip/poin.
-
Bagaimana cara menggunakannya?
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pesanan yang anda akan buat, anda perlu masukkan semua maklumat yang diperlukan ke dalam kalkulator pedagang:
- Nyatakan jenis akaun yang anda gunakan
- Pilih satu instrumen perdagangan
- Pilih bilangan lot bagi urusniaga anda
- Pilih leveraj
- Pilih matawang yang bersesuaian
- Masukkan harga ask dan bid
Selepas anda hantarkan semua data, klik pada butang Kira, dan lihat jika anda boleh membuat keuntungan dengan menggunakan parameter berkenaan.