MultiTerminal MetaTrader 4

Dagangkan Forex, emas, saham, dan banyak lagi di MetaTrader 4 dengan broker yang boleh dipercayai iaitu FBS.

Apakah kelebihan MetaTrader 4 MultiTerminal?

MultiTerminal MetaTrader 4 ialah alat yang hebat untuk pedagang yang ingin mengendalikan lebih dari satu akaun MT4 dalam satu terminal dalam satu masa yang sama. Terminal ini tampak serupa seperti MetaTrader 4 biasa dan menggabungkan pelbagai fitur perdagangan yang mudah dan berkesan.

Fitur-fitur MT4 MultiTerminal

  • Menguruskan beberapa akaun pada satu masa yang sama
  • Melaksanakan operasi-operasi perdagangan pada akaun
  • Pembukaan pesanan dengan satu klik
  • Memantau dan mengawal status pesanan terbuka (sedang aktif) dan tertangguh
  • Menerima sebut harga dan berita secara masa nyata

Muat turun

Cara memasang MT4 MultiTerminal

    1. Muat turun MetaTrader 4 MultiTerminal dengan mengklik di sini (fail.exe).
    2. Lancarkan fail .exe.
    3. Ikut proses pemasangan sehingga selesai.
    4. Lancarkan MetaTrader 4 MultiTerminal.
    5. Masukkan data akaun anda untuk log masuk jika anda sudah mempunyai akaun broker FBS. Jika belum, buka akaun di laman web kami. Ianya cepat dan mudah.
    6. Selepas anda log masuk ke MetaTrader 4 MultiTerminal, mulakan perdagangan anda.

MetaTrader 4 MultiTerminal boleh dipasang pada OS Windows.

Bagaimana untuk membuang

  • LANGKAH 1: Klik Start ⊞ → All Programs → MT4 → uninstall
  • LANGKAH 2: Ikut arahan pada skrin sehingga selesai
  • LANGKAH 3: Klik My Computer → klik Drive C, di mana sistem operasi anda dipasang → klik Program Files → cari folder MT dan padam
  • LANGKAH 4: Restart komputer anda

  • MetaTrader 4 dan MetaTrader 4 MultiTerminal: perbezaannya


    Walaupun MetaTrader 4 dan MetaTrader 4 MultiTerminal nampak serupa, ada perbezaan antara keduanya. Kelebihan utama MetaTrader 4 MultiTerminal ialah keupayaan untuk berdagang secara serentak pada sehingga 128 akaun. Perkara ini tidak boleh dilakukan dalam MetaTrader 4.


    Walau bagaimanapun, MetaTrader 4 MultiTerminal tidak mendukung penggunaan EA dan alat untuk analisis teknikal. Selain itu, anda boleh menggunakan hanya akaun-akaun yang dibuka pada pelayan yang sama. Sila ingat perkara ini apabila berkerja dengan MetaTrader 4 MultiTerminal.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimanakah caranya agar saya boleh berdagang menggunakan beberapa akaun secara serentak?

    MultiTerminal MetaTrader 4 memberi anda peluang untuk berdagang dengan pelbagai akaun dalam satu masa. Muat turun MT4 MultiTerminal, pasangkan ia dan sambungkan sehingga 128 akaun. Dengan MT4 MultiTerminal, anda boleh membuka posisi dengan satu klik pada beberapa akaun secara serentak.

  • Bagaimanakah cara menggunakan MetaTrader 4 (MT4) MultiTerminal?

    Sebelum anda mula berdagang, anda perlu tata tetapan pengurusan berbilang akaun. Untuk menambah akaun ke MetaTrader 4 MultiTerminal, tap File > New Account. Anda akan melihat tetingkap di mana anda perlu memasukkan login dan kata laluan anda. Ulangi perkara ini untuk menambah seberapa banyak akaun yang anda mahu: sehingga 10 akaun demo atau sehingga 128 akaun sebenar.

    Seterusnya, anda perlu sambungkan akaun-akaun anda ke pelayan. Pada toolbar, tekan butang Connect All. Selepas penyambungan, anda akan mula menerima berita dan sebut harga dan boleh mula berdagang dengan broker FBS dalam MetaTrader 4 MultiTerminal.

    Jika anda perlu menyambungkan hanya satu akaun tertentu, gunakan arahan Connect Account pada tetingkap Accounts.

  • Adakah dibolehkan untuk mempunyai beberapa akaun perdagangan?

    Ya, anda boleh mempunyai lebih daripada satu akaun perdagangan. Tiada peraturan yang menghadkan bilangannya.

  • Apakah instrumen-instrumen yang boleh saya dagangkan dengan FBS?

    Broker FBS menawarkan aset-aset untuk perdagangan Forex di MetaTrader 4, seperti pelbagai pilihan pasangan matawang. Anda juga boleh dagangkan tenaga, komoditi, saham dan banyak lagi. Dengan FBS, anda boleh dagangkan aset-aset kewangan dengan spread yang kompetitif daripada 0 poin dan pelaksanaan pesanan ultra pantas dari 0.3 saat.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera