Strategi perdagangan Third Touch

Strategi perdagangan Third Touch

2020-03-25 • Dikemaskini

Strategi perdagangan Third Touch (Sentuhan Ketiga), atau dikenali juga sebagai Third Strike (Pukulan Ketiga), adalah satu lagi lagi strategi yang kami akan perkenalkan kepada para pedagang kami. Tidak seperti strategi yang rumit dengan penggunaan terlalu banyak indikator, Third Touch memerlukan hanya satu elemen – garisan trend.

Syor:

• Anda boleh gunakan strategi ini untuk semua instrumen perdagangan, termasuk saham dan komoditi.

• Anda disyorkan untuk TIDAK menggunakan strategi ini di rangkamasa yang lebih kecil dari M30. Lebih kecil rangkamasa, lebih rendah kebarangkalian anda akan mendapatkan signal yang baik disebabkan oleh hingar pasaran.

Mari lihat apakah langkah-langkah yang anda perlu lakukan. Mula-mula sekali, mari lihat senario di mana anda perlu membuka posisi long.

1. Anda melihat pergerakan menaik dan melukiskan garisan trend yang menyambungkan dua titik terendah. Titik-titik ini secara idealnya haruslah titik-titik ekstrem. Ini bahagian paling sukar bagi strategi ini.

2. Kita tunggu pembetulan (correction) ke bawah dan masuk pasaran selepas harga mencecah garisan trend untuk kali ketiga dan candlestick bullish sudah terbentuk. Kita buka posisi long di harga penutupan kandil bullish ini.

3. Kita pasang renti rugi (SL, stop loss) di bawah aras sokongan sebelum ini.

4. Aras ambilan untung (TP, take profit) dikira seperti berikut:

Paras tertinggi selepas titik "A" - paras terendah pada titik "A" = bilangan pip yang anda perlu tambah kepada harga masuk posisi anda.

Kita akan gunakan carta EUR/USD dengan rangkamasa M30 sebagai contoh.

Pada 11 Mac, pasangan ini mula meningkat. Kita tunggu kemunculan titik "B" untuk melukis garisan trend menaik. Selepas itu kita tunggu sentuhan ketiga di titik "C" dan buka posisi di harga penutup candlestick bullish pada 1.1292. Kita letakkan paras renti rugi pada 1.1265 (lebih rendah dari aras sokongan sebelum ini). Ambilan untung kita bersamaan dengan saiz di antara titik A (1.2221) dan titik tertinggi seleas titik A (1.272). Lantaran itu, ambilan untung kita terletak di 1.1343 (titik kemasukan + (1.1272-1.1221)).

1.jpg

Untuk posisi short, anda perlu ikut langkah-langkah seperti berikut:

1. Bila pergerakan menurun muncul, anda lukiskan garisan trend di antara dua titik tertinggi.

2. Selepas sentuhan kedua di garisan trend, anda perlu menunggu sehingga berlaku pembetulan ke atas. Kemudian, kita tunggu harga menyentuh garisan trend buat kali ketiga. Posisi short perlu dibuka pada harga penutupan candlestick bearish yang terbentuk selepas sentuhan ketiga.

3. Kita pasang renti rugi di atas aras rintangan sebelum ini.

4. Aras ambilan untung kita dikira seperti berikut:

Paras tertinggi di titik "A" - paras terendah selepas titik "A" = bilangan pip yang anda perlu tolak kepada harga masuk posisi anda.

Pada 14 Februari, pasangan EUR/USD melantun dari aras 1.2434 dan melakukan pembetulan ke bawah. Selepas pembetulan jangka pendek ini, harga melompat ke atas tetapi gagal untuk bergerak lebih tinggi dari titik "B". Situasi ini membantu kita dengan mencadangkan bahawa ada downtrend mungkin sedang terbentuk. Kita menantikan titik "C" untuk mengesahkan fikiran kita dan masuk posisi short selepas candlestick bearish terbentuk. Titik masuk terletak pada harga penutup candlestick di 1.2405. Renti rugi kita dipasang di atas dari rintangan sebelum ini iaitu pada 1.2421. Ambilan untung dikira sebagai titik masuk tolak jarak antara titik "A" dan harga terendah selepas "A": 1.2405- (1.2434-1.2387) = 1.2358.

2.jpg

Kesimpulan

Di dalam artikel ini, kami menjelaskan strategi yang mudah digunakan oleh para pedagang trend. Kelebihannya adalah ia memerlukan hanya garisan trend dan aras sokongan serta rintangan. Namun, anda perlu berhati-hati bila berdagang dan pastikan tiada acara berita yang dijadualkan yang boleh memberikan kesan pada pergerakan trend.

Strategi perdagangan Third Touch

Serupa

Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger
Strategi perdagangan dengan Jalur Bollinger

Di dalam artikel sebelum ini, kami telah menerangkan cara-cara berdagang menggunakan Purata Bergerak (Moving Average). Kini tiba masanya untuk meninjau satu lagi indikator lain yang berguna yang bernama Jalur Bollinger (Bollinger Bands).

Saham kitaran
Saham kitaran

Walaupun saham pertumbuhan meningkat naik pada tahun lalu, kini saatnya tiba untuk saham kitaran pula!

Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku
Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku

Walaupun indikator Ichimoku mungkin kelihatan aneh di mata pedagang baru, ia boleh digunakan untuk strategi perdagangan yang sangat baik. Berminat? Baca artikel kami!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera