2023 Results: Our Way to Transparency and Reliability

2023 Results: Our Way to Transparency and Reliability

Sebelum menutup tirai tahun ini, kami di FBS menyimpulkan tahun 2023 dan mengingat semula detik-detik bermakna serta perubahan terkini pada perkhidmatan kami! Kami menjemput anda menyertai kami dalam merungkai kisah kejayaan FBS dan melangkah ke satu lagi tahun yang makmur bersama jutaan pelanggan kami di seluruh dunia.

Perkhidmatan Yang Diberi Nafas Baru

Sepanjang tahun 2023, kami telah menyemak semula perkhidmatan kami secara beransur-ansur untuk menjadikannya lebih lancar, telus, namun memberi kelebihan kepada pelanggan kami.

Kini semua pedagang di FBS boleh memilih antara lebih 550 instrumen perdagangan dan lebih daripada 200 kaedah pembayaran, selain bergantung pada pelaksanaan pesanan yang pantas dan tepat, dan salah satu leveraj terbesar yang mencecah 1:3000.

Bagi Rakaniaga IB FBS pula, kami telah melancarkan Sistem Bayaran Komisen yang membolehkan mereka menghasilkan hingga 43% daripada spread pesanan perdagangan pelanggan mereka. FBS kini menawarkan salah satu peratusan pembayaran rakaniaga IB yang tertinggi di pasaran.

1.png

Biar Angka Yang Bercerita

Dengan lebih 27,000,000 pedagang yang berdaftar dan lebih 680,000 ahli pasukan Rakaniaga IB yang memecah rekod, volum perdagangan tahunan pelanggan FBS melebihi tonggak sejarah $543,000,000,000 menjelang hujung tahun.

Lebih banyak lagi pada tahun akan datang!

Anugerah dan pengiktirafan

Komitmen FBS untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang andal telah diiktiraf oleh organisasi kewangan dan media industri yang terkemuka sepanjang 2023. Senarai penghargaan FBS termasuklah:

  • Most Reliable Forex Broker 2023 daripada International Finance Expo
  • Best Forex Broker in Africa 2023 daripada World Business Outlook
  • Best IB Program Globally 2023 daripada World Business Outlook
  • Best Client Support in Southeast Asia 2023 daripada World Business Outlook
  • Best Forex Broker South Africa 2023 daripada Traders Fair & Awards
  • Best Trading Account for Beginners 2023 daripada FxScouts
  • Best Client Support di Amerika Latin 2023 daripada Global Brands Magazine Awards
  • Best Islamic Forex Account 2023 daripada Forex Expo Dubai
  • Best Financial Broker of 2022-2023 daripada Investment Summit di Mesir

Meninjau ke masa hadapan, FBS bersiap sedia untuk memperkenalkan kemas kini produk pada tahun 2023, bermatlamat untuk meningkatkan ketelusan dan keandalan perkhidmatan kami ke tahap yang lebih tinggi!

2.png

Acara industri dan komuniti kami

Tahun ini, FBS telah mengadakan Global Roadshow, di mana organisasi kami mengambil bahagian dalam expo kewangan, perdagangan dan Forex, perbincangan pakar industri, dan memperkasakan komuniti perdagangan di seluruh dunia.

FBS telah menaja 6 pameran industri di seluruh dunia – dari selatan Amerika Utara ke Asia Tenggara. Secara kolektif, lebih 10,000 pedagang telah mengunjungi tapak FBS di acara-acara ini.

3.png

Program CSR dan impak global

2023 merupakan tahun yang telah melihat usaha membantu dan memperkasakan komuniti tempatan yang memerlukan.

Pasukan kami telah mengadakan aktiviti CSR merentas 10 negara di Afrika, Timur Tengah dan Asia, di mana FBS telah membiayai inisiatif yang berkait dengan pendidikan dan kemiskinan dan membantu lebih 6,000 orang.

4.png

Kerjasama Berterusan dengan LCFC

Untuk tahun ketiga kerjasama kami dengan LCFC dan musim bola sepak 2023–2024, FBS memainkan dua peranan:Rakan Perdagangan Rasmi dan Penaja Rasmi Pakaian Latihan Leicester City Football Club. Kami berbesar hati untuk menyokong kelab ini selama satu tahun lagi berturut-turut dan melihat pemain memakai pakaian seragam berjenama FBS semasa sesi latihan mereka.

Semoga 2024 membawa gol-gol menakjubkan untuk LCFC dan kemenangan yang luar biasa!

FBS mengucapkan semoga pedagang, rakaniaga dan pengikut kami menikmati tahun yang makmur dan berjaya. Semoga keputusan yang mengagumkan pada tahun 2023 menjadi batu loncatan untuk pencapaian yang lebih hebat dan ketinggian baharu pada tahun 2024!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera