Impian Terus Menjadi Kenyataan
Satu lagi impian telah menjadi kenyataan dengan bantuan daripada FBS.
Kenali seorang lagi pemenang promo Dreams Come True: Albanus Mtitu. Albanus tinggal di Tanzania. Impiannya adalah untuk membuat dokumentari tentang kesusahan yang perlu dihadapi oleh kanak-kanak di pedalaman Tanzania dalam mendapatkan pendidikan sekolah.
Dalam mesej DCT beliau, Albanus berkata, dokumentari yang ingin dibuatnya itu diharapkan akan menjadi medium yang dapat menyampaikan mesej kepada pihak berwajib pendidikan agar memberikan lebih perhatian kepada sistem pendidikan di kawasan luar bandar negaranya.
Untuk menjayakan penggambaran ini, Albanus memerlukan sebuah kamera. Itulah yang diterimanya sebagai seorang lagi pemenang promo Dreams Come True. Kami mengucapkan tahniah kepada Albanus dan semoga beliau berjaya menghasilkan dokumentari tersebut kerana topik yang ingin beliau kupas begitu penting sekali.