FBS Mengungguli Tiga Pencalonan World Business Outlook Awards 2023

FBS Mengungguli Tiga Pencalonan World Business Outlook Awards 2023

FBS berbesar hati dinobatkan tiga anugerah berprestij World Business Outlook Awards 2023!

Pencapaian-pencapaian ini mengiktiraf usaha FBS dalam menyediakan terma perdagangan yang kompetitif, perkhidmatan yang berkualiti dan komitmen jangka panjang kami dalam menyediakan akses yang pantas ke pasaran kewangan kepada para pelanggan kami di seluruh dunia.

Panitia World Business Outlook Award telah menamakan FBS untuk trofi-trofi keunggulan dalam kategori-kategori berikut:

  1. Best Introducing Broker Global 2023: Anugerah ini memperakui keunggulan Program Introducing Broker (IB) FBS sebagai yang terbaik di peringkat global. Para IB di FBS menikmati terma rakaniaga yang amat membantu, termasuk komisen tinggi yang boleh mencapai 43 peratus daripada spread dan sokongan daripada jenama FBS pada setiap peringkat perkembangan para rakaniaga.
  2. Best Client Support Asia 2023: FBS menyediakan khidmat sokongan pelanggan 24/7 dalam bahasa-bahasa tempatan, dengan matlamat ingin berinteraksi dengan khalayak sasarnya di saluran-saluran popular dan platform media sosial, dan bertindak balas secara proaktif terhadap pertanyaan pelanggan – dalam masa kurang dari satu minit.
  3. Best Forex Broker Africa 2023: Tawaran-tawaran yang kompetitif dan terma perdagangan yang telus – daripada leveraj yang tinggi sehingga 1:3000 dan pelaksanaan pesanan yang pantas dalam masa kurang daripada 0.01 saat sehinggalah VPS percuma dan tiada kos tersembunyi – telah melayakkan FBS merangkul satu lagi anugerah sebagai penyedia perkhidmatan Forex yang terulung.

in text.png

Tentang World Business Outlook

World Business Outlook Awards ialah satu acara berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan industri, kepimpinan yang menyerlah, strategi kejayaan yang cemerlang dan kehadiran di persada global. World Business Outlooks Awards mengiktiraf dan meraikan pencapaian luar biasa, sumbangan-sumbangan penting, dedikasi, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk berkembang dalam sektor Perniagaan dan Kewangan.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera