Urus Akaun FBS Trader Anda Menerusi Laman Peribadi FBS
Kini para pelanggan FBS boleh berdagang dengan lebih selesa dengan peluang untuk membuka dan mengurus akaun FBS Trader di Laman Peribadi. Apa signifikannya penambahan ini untuk para pedagang kami? Ini bermakna anda mempunyai opsyen yang lebih luas: menguruskan akaun dan berdagang di MetaTrader 4, MetaTrader 5, seperti sebelum ini, atau cuba akaun FBS Trader sebagai ciri tambahan baharu. Kawal semua akaun anda di satu tempat!
FBS Trader adalah sebuah platform perdagangan semua-dalam-satu yang dibangunkan oleh FBS. Tiada platform tambahan diperlukan – segala-galanya yang diperlukan untuk perdagangan di dalam satu aplikasi mudah alih. Di sini anda boleh berdagang, mengurus carta, menggunakan indikator, memantau acara ekonomi dan mendapatkan notifikasi push yang berguna untuk menangkap semua gelombang pasaran. Dalam erti kata lain, berdagang seperti biasa tetapi lebih mudah dari poket anda!
Pengguna FBS Trader sedia ada juga mendapat kelebihan baru – perdagangan yang lebih fleksibel menerusi web! Tukar tetapan profil anda, buat deposit dan pengeluaran, dan banyak lagi di satu tempat – Laman Peribadi anda. Pedagang boleh mengendalikan akaun mereka menggunakan PC atau komputer riba manakala aplikasi FBS Trader berfungsi seperti biasa! Jimatkan masa anda dengan mengurus dan membiayai akaun FBS Trader anda di Laman Peribadi.
FBS berani mencipta suasana perdagangan yang lebih baik untuk pelanggan. Dan ia lebih mudah kerana kami adalah sebuah syarikat yang tersepadu. Jadi, matlamat utama kami adalah untuk memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk meningkatkan status kewangan mereka dengan bantuan produk dan perkhidmatan FBS.
Berdagang dengna cara baru bersama FBS!