Tiga Generasi Peminat LCFC Mendapat Lawatan Stadium King Power Daripada FBS
Peraduan New Year Football Rush akan berakhir pada 23 Disember. Para pemenang telah menikmati hadiah-hadiah mereka. Hadiah utama, lawatan ke Stadium King Power, telah dimenangi oleh Mary Molins, seorang peminat tegar bola sepak yang telah mengajak sembilan ahli keluarga untuk menyertai beliau.
Mary menerima hadiah itu sebagai pengarang komen yang paling menyentuh hati di mana beliau menulis tentang ayahnya, Bob Fearn, 88, peminat LCFC seumur hidup dan seorang lelaki yang membuatkan beliau dan tiga generasi keluarga tersebut sukakan bola sepak.
"Kami gembira semasa berada di Kelab Bola Sepak Leicester City," kata Mary. Terima kasih di atas kebaikan anda memilih ayah saya. Beliau berseronok begitu juga kami."
FBS New Year Football Rush berlangsung dari 15 ke 22 Disember. Selain daripada hadiah utama, pek ganjaran juga termasuk sepasang tiket untuk siri perlawanan bola sepak LCFC untuk bulan Januari.
Kami sedang merancang untuk mengadakan lebih banyak peraduan pada masa hadapan, jadi nantikan berita dan kemas kini – mungkin pada lain kali, anda akan menjadi pemenang.