1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Lima Tema Pasaran Forex Untuk Dipantau Pada 2023
2023-06-15 • Dikemaskini

Lima Tema Pasaran Forex Untuk Dipantau Pada 2023

cover (1).pngBeberapa kejadian kebelakangan ini telah meninggalkan seluruh dunia dalam keadaan tunggang terbalik. Pandemik COVID-19, Brexit, ketegangan sosial, perubahan kerajaan di negara-negara terkemuka, sekatan baharu, perang berterusan di Ukraine dan konflik China-Taiwan – telah menggugat ekonomi global. Dalam waktu-waktu yang tidak dapat diramal ini, adalah penting untuk sentiasa peka tentang tema-tema utama yang boleh mempengaruhi makroekonomi, termasuklah perdagangan Forex anda pada 2023.

"Fork" (persimpangan) Fed

Sebagai pihak berkuasa kewangan, bank-bank pusat mengawal dan menyelia sistem perbankan sesebuah negara. Bank pusat juga dikenali sebagai "pemberi pinjaman pilihan terakhir" kerana mereka menyediakan sumber yang mencukupi kepada bank perdagangan sekiranya berlaku krisis dan menghindarkan mereka daripada kekurangan bekalan, seterusnya mengekalkan kestabilan sistem perbankan. Bank pusat bertanggungjawab untuk pelbagai aspek ekonomi negara: antaranya ialah mengeluarkan wang, mengawal kestabilan mata wang, kadar inflasi dan tahap penggajian pekerja.

Pada awal Mac 2023, Pengerusi Fed Jerome Powell mendakwa bahawa kadar faedah akan lebih tinggi daripada jangkaan. Powell menyatakan tahap kadar faedah yang tertinggi akan kekal untuk jangka masa yang lama. Namun, pemain pasaran meragui maklumat ini. Pelabur tahu bahawa jika kadar faedah terus meningkat, kebanyakan bank AS berkemungkin besar perlu menghentikan operasi, berpotensi menjatuhkan keseluruhan sistem kewangan, tetapi ini sesuatu yang mustahil.

Pasaran percaya kadar tertinggi akan ditetapkan pada 4.85% dan bukan 5% seperti yang diramal bulan lepas. Selanjutnya, terdapat peluang besar kadar ini akan dikurangkan kepada 2.7% menjelang tahun 2025. Jika Fed berjaya menangani inflasi dan mengurangkan kadar faedah, kemelesetan ekonomi akan berakhir, yang bermanfaat untuk aset yang berisiko. Kami mencadangkan agar anda memantau situasi ini kerana ia akan mempengaruhi pasaran pada tahun 2024.

Tindakan selaras bank-bank pusat

Kenaikan kadar faedah utama juga akan menyebabkan kenaikan kos wang. Bekalan wang akan berkurangan dan isu-isu yang timbul boleh mencetus krisis yang berlarutan. Untuk mengelakkan ini, bank-bank pusat cuba menyuntik kecairan.

Justeru itu, pada 19 Mac 2023, Fed, ECB, dan bank pusat Kanada, England, Jepun dan Switzerland mengumumkan tindakan selaras untuk mengembangkan peruntukan dolar AS melalui pengaturan talian swap kecairan. "Enam gergasi" ini memutuskan untuk meningkatkan kekerapan operasi kematangan selama tujuh hari kepada setiap hari. Menurut pihak berkuasa AS, skim talian swap ini akan membantu menstabilkan sistem perbankan dan mengekalkan bekalan bank-bank perdagangan.

Bank perdagangan berusaha untuk menyokong kecairan dolar dan sistem kewangan global. Walau bagaimanapun, isu wang dan kenaikan bekalan wang sudah pasti meningkatkan kadar inflasi di negara-negara barat, jadi lebih banyak kejutan boleh berlaku dalam ekonomi masing-masing. Sebagai seorang pedagang Forex anda perlu memantau situasi ini.

Inflasi

Bukan rahsia lagi bahawa inflasi memberi kesan negatif terhadap nilai mata wang dan mengurangkan tahap keyakinan terhadap ekonomi negara. Dengan kenaikan kos barang dan perkhidmatan, daya tarikan pasaran negara akan merosot, lantas menyebabkan pelbagai masalah berkenaan eksport dan mengurangkan permintaan mata wang domestik.

Kadar inflasi semasa di USA adalah jauh lebih tinggi daripada sasaran Fed iaitu 2%. Kini Fed berusaha untuk menangani kadar inflasi sebagai percubaan untuk mengurangkannya pada tahun ini daripada kadar 6.410% yang dilihat pada bulan Januari. Pada Mei 2023, Fed berhasrat untuk membuat keputusan dasar berdasarkan data yang akan datang untuk merancang langkah-langkah munasabah untuk mengurangkan kadar inflasi.

Langkah seterusnya sebagai pedagang pula ialah untuk memantau dengan lebih dekat kedudukan dolar AS dan jika terdapat sebarang keadaan yang boleh menyebabkan kemerosotan nilainya. Kita juga harus ingat bahawa isu-isu inflasi berlaku bukan hanya kerana jumlah wang berlebihan dalam pusing ganti, tetapi juga disebabkan oleh naik turun harga minyak. Kenaikan harga minyak mendorong lonjakan Indeks Harga Pengeluar (PPI) sebagai indikator fundamental inflasi untuk sektor pengeluaran. Sebagai contoh, pada awal April 2023, OPEC+ secara tidak dijangka mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak sebanyak satu juta tong sehari yang menyebabkan lonjakan harga minyak. Oleh itu, adalah penting bagi pedagang dan pelabur untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai ketegangan minyak global.2 (1) (1).png

Geopolitik

Peristiwa geopolitik akan sentiasa mempengaruhi bukan sahaja pasaran perdagangan Forex tetapi kemanusiaan secara keseluruhan dan drastik. Peristiwa geopolitik seperti bencana semula jadi, konflik antarabangsa, tindakan keganasan dan penyakit berbahaya menggugat kestabilan dan mata wang negara-negara yang terjejas, oleh demikian pedagang Forex harus sentiasa peka mengenai perkara seperti ini.

Pada April 2023, seluruh dunia menyaksikan pencetusan konflik China-Taiwan yang sudah lama berlangsung. Konfrontasi ini menyebabkan sebahagian dunia dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga. Banyak negara bergantung pada interaksi ekonomi dengan China dan Taiwan. Contohnya, Taiwan adalah pengimport terbesar cip semikonduktor untuk syarikat teknologi AS. Australia pula menghadapi sekatan tertentu oleh pihak kerajaan Cina, yang mengurangkan eksport dari Australia ke China dan import dari China. Jepun bimbang akan kehilangan sebahagian daripada laluan perdagangannya yang melalui Laut China Selatan. Tiada apa-apa yang pasti mengenai masa depan konflik China-Taiwan, tetapi pedagang harus memerhatikan situasi ini pada 2023 dan beberapa tahun akan datang.

Perang di Ukraine merupakan peristiwa yang paling membimbangkan sejak Februari 2022. Tahun yang sukar itu melanda bahagian terbesar dunia, termasuk ekonomi global. Malangnya, perang ini masih berterusan dan mempengaruhi pasaran.

Hubungan Rusia-NATO dan AS serta Eropah-China pada tahun 2023 juga penting untuk dipantau.

Perubahan harga emas

Dalam persekitaran ekonomi yang tidak stabil, adalah penting untuk mencari pelaburan yang boleh bertindak sebagai tempat perlindungan. Sebagai aset dengan keyakinan kredit dan kebolehpercayaan yang tertinggi, emas yang tidak pernah kehilangan nilainya menjadi pilihan pelaburan yang kukuh pada tahun 2023. Mereka yang mempunyai pegangan emas boleh meyakini bahawa adalah mustahil untuk menambahkan rizab emas sedia ada dalam jangka masa pendek lantaran dek inflasi. Berdasarkan sejarah silam, emas ialah aset selamat dan gambaran ekonomi semasa mengesahkannya.

Pada awal tahun 2023, XAUUSD meningkat sebanyak 25%. Kebimbangan tentang kemelesetan dan ancaman inflasi mendorong pelabur untuk membeli jongkong emas yang menyebabkan kenaikan harganya. Selain itu, harga emas meningkat disebabkan dolar AS yang lemah.

Penganalisis dan peserta pasaran menjangkakan kenaikan harga logam berharga itu dalam jangka masa panjang. Menurut Charlie Morris, pengasas dan ketua pegawai pelaburan di ByteTree Asset Management, dolar AS yang semakin lemah dan risiko daulat (sovereign risk) yang semakin tinggi menandakan kesediaan emas "untuk pertumbuhan besar dan mampan".

Kesimpulan

Pasaran Forex bergantung pada pelbagai keadaan yang berbeza, dan para pedagang mesti kekal termaklum tentang peristiwa terkini yang berpotensi mempengaruhi kerjaya perdagangan mereka. Artikel ini menyerlahkan lima tema yang paling hangat pada masa ini. Namun, terdapat lebih banyak aspek lain yang patut diberikan perhatian. Panduan dan syor-syor kami akan membantu anda. Sertai kami di Telegram dan Instagram dan rintis kembara epik perdagangan anda dengan FBS!

  • 653

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera