1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara-cara Penjualan Short. Kelebihan dan Kekurangan Jualan Short
2023-06-07 • Dikemaskini

Cara-cara Penjualan Short. Kelebihan dan Kekurangan Jualan Short

cover.jpg

Apakah itu penjualan short?

Secara ringkasnya, penjualan short ialah apabila pelabur meminjam sekuriti dan menjualnya dengan harapan dapat membelinya semula pada harga yang lebih rendah pada masa akan datang, sekali gus memperolehi keuntungan. Itulah penjualan short secara ringkas.

Walau bagaimanapun, strategi pelaburan ini tidak boleh diambil mudah, kerana penjualan short bukan sahaja datang dengan peluang untuk meraih keuntungan yang ketara – ia juga menandakan risiko yang besar. Digabungkan dengan beberapa keburukan yang mungkin anda ingin ketahui, penjualan short adalah aktiviti yang tidak boleh dipandang ringan.

Artikel ini akan memperkenalkan penjualan short kepada anda, memberikan anda kebaikan dan keburukan, sebab-sebab anda mungkin ingin mencubanya, dan, yang paling penting, perkara yang mesti anda ketahui.

Bagaimana penjualan short berfungsi?

Apabila anda melakukan penjualan short, anda cuba membuat spekulasi tentang penurunan harga saham yang dijangkakan. Jualan short adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh pemain-pemain pasaran yang berpengalaman.

Untuk membuka suatu posisi untuk penjualan short, seseorang mesti terlebih dahulu meminjam saham atau beberapa aset lain yang nilainya dijangkakan akan jatuh. Selepas itu, seseorang itu menjual saham yang dipinjam kepada mereka yang sanggup membayarnya pada harga pasaran.

Langkah seterusnya ialah menunggu harga saham tersebut menjadi lebih murah agar pelabur tersebut boleh membelinya semula pada harga yang lebih rendah dan mengembalikannya kepada pemberi pinjaman. Bahaya yang harus diperhatikan di sini ialah harga mungkin tidak jatuh tetapi sebaliknya naik. Oleh itu, potensi risiko adalah hampir tidak terhad.

Apakah risiko-risiko penjualan short?

Lawan penjualan short ialah penjualan long. Apabila anda membuka posisi long – memperdagangkan saham milik anda sendiri – jika berlaku kegagalan, anda hanya rugi wang yang anda laburkan. Jadi jika anda membeli satu saham pada harga $100, kerugian maksimum yang boleh menimpa anda ialah $100. Ini adalah kerana saham tidak mungkin turun lebih rendah melepasi $0.

Ceritanya berubah dengan dramatik dalam situasi penjualan short. Apabila anda melakukan penjualan short, secara teorinya, tidak ada had kepada berapa banyak yang anda boleh rugi jika anda gagal, kerana harga saham berpotensi untuk naik terlalu tinggi.

Mari kita lihat contoh terkini: dengan saham $100, jika harga naik kepada $300 sebelum anda tutup posisi, kerugian anda ialah $200 sesaham.

Risiko lain yang boleh dihadapi oleh penjual short ialah short squeeze. Ini adalah keadaan apabila saham yang telah dijual dengan begitu banyak dalam tempoh yang singkat meningkat harganya secara mendadak. Proses tersebut menjadikan semakin ramai penjual short membeli semula saham untuk menutup urusniaga mereka kerana kenaikan harga semakin melampau dan pelabur cuba menghadkan kerugian mereka.

Berdasarkan apa yang telah diperkatakan, penjualan short hanya masuk akal dilakukan jika anda seseorang pelabur yang berpengalaman dan bersedia untuk menghadapi risiko kewangan yang serius. Jika itu bukan anda, anda mungkin mahu mencuba sesuatu yang kurang berisiko.

Frame_11.jpg

Alternatif berisiko rendah untuk penjualan short

Membeli opsyen put untuk saham yang sama boleh dijadikan alternatif kepada penjualan short dan ia menghadkan anda dari terdedah secara negatif Apabila anda memiliki opsyen put, anda boleh menjual saham pada harga tertentu, yang dipanggil harga strike. Jika harga saham naik, kerugian anda akan terhad kepada apa yang anda telah bayar untuk opsyen put (premium opsyen tersebut).

Saiz premium opsyen bergantung pada harga strike dan tarikh tamat pilihan put. Lebih tinggi harga strike dan lebih jauh tarikh tamat tempoh, lebih tinggi premium opsyen.

Berikut adalah satu contoh: saham didagangkan pada harga $100, pada 10 April 2023. Opsyen put bernilai $15 sesaham mempunyai harga strike sebanyak $100, yang tamat tempoh dalam dua minggu pada 24 April 2023. Jadi jika harga saham melebihi $100, kerugian anda akan terhad kepada $15 sesaham (dan komisen).

Bagaimanakah penjualan short boleh menghasilkan wang?

Anggap ini sebagai sisi bertentangan kepada risiko penjualan short. Apabila anda meletakkan saham untuk jualan kerana menjangkakan harganya akan jatuh, dan jangkaan anda terbukti betul, anda membeli semula saham pada harga yang lebih rendah, meraih perbezaan antara harga jualan dan harga belian. Perbezaan harga tersebut adalah keuntungan anda. Lebih besar perbezaannya, lebih banyak wang yang anda dapat.

Berikut ialah contoh ringkas penjualan short: katakan, terdapat saham yang didagangkan pada harga $50 sesaham. Anda meminjam 100 saham tersebut dan menjualnya dengan harga $5,000. Kemudian harga bertindak seperti yang anda jangkakan – ia turun. Untuk melakukan pengiraan mudah, katakan harga jatuh kepada $25 sesaham. Apabila perkara itu berlaku, anda membeli 100 saham untuk menggantikan saham yang anda telah pinjam. Keuntungan anda, dalam kes ini, ialah $2,500.

Walau bagaimanapun, terdapat perkara lain yang perlu anda ketahui tentang penjualan short – kos yang terlibat.

Apakah ada kos yang perlu dibayar untuk penjualan short?

Jawapannya, ya. Apabila anda bercadang untuk membuka posisi short, anda mesti mempertimbangkan kos-kos berikut:

  • Faedah margin

Anda tidak boleh memulakan penjualan short tanpa akaun margin. Oleh itu, setiap penjual short perlu membayar faedah atas dana yang telah dipinjam.

  • Kos peminjaman saham

Anda berkemungkinan tidak dapat meminjam saham sesetengah syarikat kerana faedah short yang tinggi atau apungan saham yang terhad. Meminjam saham sedemikian memerlukan bayaran sukar-dipinjam (hard-to-borrow fee). Fi jenis ini adalah berdasarkan kadar tahunan; sesetengahnya agak tinggi dan diproratakan berdasarkan bilangan urusniaga short yang dibuka untuk urusniaga short.

  • Dividen dan bayaran-bayaran lain

Akhir sekali, setiap penjual short mungkin perlu membuat pembayaran dividen ke atas saham yang dijual secara short serta pembayaran untuk peristiwa-peristiwa korporat lain yang berkaitan dengan saham yang mereka jual secara short, termasuk pembahagian saham dan spinoff.

Kelebihan dan Kekurangan Jualan Short

Pemain-pemain pasaran beralih kepada penjualan short atas sebab-sebab berikut:

  • Penjualan short memberikan peluang untuk untung besar.
  • Strategi ini memerlukan modal permulaan yang agak kecil.
  • Membuka posisi short adalah mungkin dengan pelaburan berleveraj.
  • Pelabur boleh melindung nilai melawan (hedge against) pegangan-pegangan lain.

Sebaliknya, penjualan short mempunyai beberapa kelemahan yang serius:

  • Jika anda gagal dalam penjualan short, kerugian anda mungkin tidak terhad.
  • Anda tidak boleh membuka posisi short tanpa akaun margin.
  • Jualan short termasuk pembayaran faedah margin.
  • Short squeeze boleh menyebabkan anda terjerumus ke dalam hutang.

Kesimpulan

Pelabur dan pedagang menganggap penjualan short sebagai satu cara untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran yang sedang merosot dengan meminjam saham, menjualnya pada harga pasaran, dan kemudian membelinya semula pada harga yang lebih rendah pada masa akan datang. Tapi itu, tentu sekali, jika ramalan bearish tersebut menjadi kenyataan.

Ada yang mengkritik konsep penjualan short sebagai pertaruhan menentang pasaran, tetapi sebaliknya, ramai yang cenderung menganggap penjualan short sebagai kuasa penstabilan yang menjadikan pasaran lebih cekap.

Jualan short memang boleh membawa keuntungan yang ketara. Walau bagaimanapun, ia datang dengan risiko serius yang berkaitan dengan kerugian kewangan yang hampir tidak terhad sekiranya berlaku kegagalan. Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah perbelanjaan berkaitan seperti faedah margin dan kos pinjaman saham yang menambah kerumitan keseluruhan seputar penjualan short.

  • 1025

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera