1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Buku Untuk Pedagang Forex Tahun 2023!
2023-06-09 • Dikemaskini

Buku Untuk Pedagang Forex Tahun 2023!

cover.png

Seperti mana tukang kayu perlu memastikan pahatnya sentiasa tajam, begitu juga dengan pedagang Forex yang perlu sentiasa mengasah kemahiran perdagangan mereka. Belajar adalah cara yang paling utama untuk menjadi pedagang Forex yang berjaya. Terdapat beribu-ribu bahan pembelajaran perdagangan dalam talian mahupun di luar talian, tetapi cabaran bagi para pedagang adalah untuk mencari sumber yang boleh dipercayai dan berinformasi. Jadi dalam artikel ini, kita akan memfokuskan kepada buku-buku terbaik untuk pedagang dan juga mengetahui mengapa membaca buku masih relevan kepada pedagang.

Mengapa anda perlu membaca buku tentang perdagangan?

Kini, Internet telah menjadi ensiklopedia peribadi kita. Anda boleh mencari apa sahaja maklumat dalam masa beberapa saat. Jadi kenapa pula seseorang itu, dan pedagang khususnya, perlu membaca buku? Bukankah itu sudah ketinggalan zaman?

Sebenarnya, buku tentang perdagangan masih lagi dapat membantu pedagang lebih daripada apa yang anda sangkakan. Buku telah menjadi sumber pembelajaran penting selama berdekad-dekad, yang merakamkan semua ilmu pengetahuan manusia pada halaman-halamannya. Walaupun permintaan terhadap buku fizikal telah menurun, tetapi populariti buku audio dan e-buku sedang meningkat. Terdapat beberapa sebab mengapa anda, sebagai pedagang Forex, patut fokus untuk membaca buku, antaranya ialah:

  • Buku mengandungi banyak ilmu pengetahuan yang khusus. Semasa anda menggunakan Internet, anda mungkin berasa sukar untuk mencari sumber yang mengandungi maklumat yang mendalam tentang sesuatu topik yang anda minat. Namun, buku biasanya akan merangkumi satu topik yang khusus dan lebih mudah untuk membacanya untuk mencari maklumat lanjut berbanding laman web yang biasanya hanya mengandungi maklumat asas sahaja.
  • Buku biasanya lebih andal untuk dipercayai. Buku biasanya ditulis oleh penulis profesional yang telah mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun. Mereka sangat terkenal dalam bidang kepakaran mereka dan mempunyai pemahaman tentang cara pasaran kewangan berfungsi, jadi mereka boleh memberikan ilmu pengetahuan yang bernilai berbanding kebanyakan laman web di Internet.
  • Buku lebih mudah untuk dinavigasi. Kebanyakan masa, mencari maklumat yang diperlukan di Internet bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu membaca dengan mengimbas berpuluh-puluh halaman hasil enjin carian. Sebaliknya, proses ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan buku. Anda tahu isi kandungan setiap buku, jadi mencari maklumat yang diingini menjadi lebih mudah. Menyemak jadual kandungan juga boleh memberitahu anda sama ada buku itu berguna atau tidak, jadi anda tidak perlu membacanya secara keseluruhan untuk mengetahui tentang topik keseluruhan buku.

Seperti yang anda lihat, buku tentang perdagangan dapat membantu anda sedikit sebanyak dan memberikan anda maklumat yang berguna, jadi membacanya adalah cara yang baik untuk mengasah kemahiran perdagangan anda.

9 buku paling popular untuk pedagang Forex

Sudah tentu, bukan semua buku perdagangan adalah berguna, jadi di sini kami senaraikan 9 buku terbaik yang boleh dijadikan rujukan untuk perdagangan Forex.

Memandangkan perdagangan adalah satu seni yang sangat rumit, terdapat beberapa perkara yang harus dipelajari oleh pedagang untuk menguasainya. Oleh sebab itu, kita boleh membahagikan semua buku perdagangan yang ada kepada tiga kumpulan, bergantung pada bidang perdagangan yang difokuskan:

  1. buku berkaitan dengan analisis fundamental,
  2. buku berkaitan dengan analisis teknikal,
  3. buku berkaitan dengan psikologi perdagangan dan pengurusan kewangan.

Jadi mari kita lihat buku yang manakah yang boleh membantu anda untuk meningkatkan kemahiran ini dan menjadi pedagang yang berjaya.

Buku terbaik tentang analisis fundamental

Terdapat sebab mengapa analisis fundamental dipanggil begitu. Anda perlu mempelajarinya untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi harga sekuriti dan bilakah masanya untuk melakukan urusniaga perdagangan anda. Berikut beberapa buku yang akan membantu anda untuk memahaminya dengan lebih baik:

1543-01.png

#1 The Secrets of Economic Indicators oleh Bernard Baumohl

Buku ini dianggap klasik oleh pedagang di seluruh dunia, malah jurnal Wall Street pernah menyebut tentangnya, memanggilnya "the real deal." Pengarang buku itu, Bernard Baumohl, memberikan penjelasan yang sangat terperinci tentang indikator-indikator ekonomi yang ada untuk pedagang dan apa maksudnya yang sebenar. Indikator ekonomi ialah alat yang menjejaki aktiviti ekonomi sektor tertentu dan memberi ramalan berdasarkan analisis.

Dalam The Secrets of Economic Indicators, anda boleh belajar cara menggunakan kalendar ekonomi, maksud semua indeks fundamental yang sering anda dengar ini, bagaimana indikator-indikator utama tersebut mula wujud, dan kesannya terhadap matawang dan pasaran saham. Satu bahan bacaan yang hebat untuk pedagang Forex dan saham.

Lihat buku ini di Amazon

1543-02.png

#2 The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham

Satu lagi buku klasik yang malar segar, buku ini telah mengajar beberapa generasi pedagang cara-cara untuk melabur dengan bijak dan menguntungkan. Benjamin Graham adalah seorang ahli ekonomi dan pelabur yang sangat berjaya yang berusaha untuk membantu pedagang dan pelabur lain membina kekayaan dengan berdagang posisi long. Dalam The Intelligent Investor, Graham memperkenalkan tanggapan "pelaburan nilai" ("value investing") buat kali pertama dalam sejarah perdagangan dan menerangkan cara melabur dalam saham terkurang nilai dengan potensi berprestasi tinggi boleh memberi manfaat kepada pelabur dalam jangka masa panjang. Walaupun buku ini diterbitkan pada tahun 1949, ia masih menjadi sumber maklumat yang berharga bagi mereka yang ingin belajar cara untuk melabur dengan menguntungkan.

Lihat buku ini di Amazon

1543-03.png

#3 Finance oleh Zvi Bodie dan Robert Merton

Finance adalah sebuah buku yang menerangkan bidang kewangan secara keseluruhan sambil turut memberi perhatian khusus pada topik pelaburan. Buku ini sangat berguna kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang operasi kewangan yang ada. Bagaimana pasaran berfungsi? Apakah aset yang boleh anda beli atau jual di pasaran? Topiknya agak mencabar, tetapi ia dapat membantu pedagang yang mahu memahami asas kewangan, samada ia perakaunan, pelaburan atau kewangan peribadi. Buku ini sangat berguna khususnya untuk pedagang Forex dan saham.

Lihat buku ini di Amazon

Buku terbaik berkaitan dengan analisis teknikal

Jika analisis fundamental menunjukkan kepada anda apa yang boleh didagangkan, analisis teknikal pula mengajar anda cara untuk berdagang. Analisis teknikal penting untuk dipelajari dan difahami oleh semua pedagang kerana alat dan indikator analisis teknikal dapat membantu mereka untuk mengenal pasti peluang perdagangan dan merancang perdagangan masa hadapan. Jadi jom kita lihat yang mana satukah buku analisis teknikal yang boleh anda baca untuk mengasah kemahiran anda.

1543-04.png

#4 Trading Systems and Methods oleh Perry Kaufman

Walaupun buku ini tidak tertumpu semata-mata pada analisis teknikal, ia menyediakan panduan lengkap kepada dunia pasaran kewangan. Indikator, algoritma dan sistem yang manakah yang sebenarnya berfungsi? Bagaimana untuk mengenal pasti pola, momentum dan trend? Apakah perbezaan antara perdagangan, lindung nilai dan arbitraj? Anda boleh mendapatkan jawapan kepada soalan asas yang sangat penting ini dan maklumat lain yang berguna dalam Trading Systems and Methods.

Lihat buku ini di Amazon

1543-05.png

#5 Candlestick Charting Explained oleh Gregory Morris

Carta candlestick ialah alat analisis teknikal yang paling terkenal yang boleh membantu pedagang mengenal pasti potensi penyongsangan dan penerusan trend, jadi mempelajari tentangnya adalah satu kemestian bagi setiap pedagang. Buku ini boleh mengajar anda tentang pola carta candlestick yang sedia ada dan cara melihat dan menggunakannya untuk mengenal pasti peluang perdagangan. Bersama dengan Teknik Carta Candlestick Jepun Steve Nison, buku ini panduan yang sempurna untuk pedagang pemula yang ingin mempelajari segala-galanya yang perlu diketahui tentang carta candlestick.

Lihat buku ini di Amazon

1543-06.png

#6 Elliott Wave Principle oleh Robert Prechter

Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa Elliott Wave Theory adalah salah satu kaedah ramalan pasaran yang paling popular dan rumit. Buku ini memberikan pengenalan yang hebat tentang teori ini, cara ia berfungsi, prinsip utama di sebaliknya, dan bagaimana sebenarnya ia boleh membantu pedagang untuk membuat ramalan yang lebih baik. Wajib dibaca oleh semua pedagang pemula.

Lihat buku ini di Amazon

Buku terbaik tentang pengurusan psikologi dan kewangan

Psikologi dan perdagangan secara kasarnya tampak seperti tidak berkaitan, tetapi pada hakikatnya, mengkaji psikologi pedagang boleh membantu anda memahami cara untuk tidak membiarkan emosi anda mengawal perdagangan anda. Mengetahui perkara ini dan cara mengurus dana anda boleh melindungi anda daripada membuat keputusan impulsif dan meningkatkan keuntungan perdagangan anda. Mari lihat buku mana yang patut anda baca untuk meningkatkan kemahiran anda.

1543-07.png

#7 The Psychology of the Foreign Exchange Market oleh Thomas Oberlechner

Buku ini menyelidiki sebab-sebab di sebalik kegagalan ramai pedagang di pasaran Forex. Mengapa pedagang rugi? Jawapan bagi soalan ini ada dalam kepala anda. Secara harfiah. Dengan buku ini, anda akan belajar bagaimana emosi anda boleh mempengaruhi pertimbangan anda, apakah kesilapan biasa yang dilakukan oleh majoriti pedagang, dan sudah tentu, bagaimana untuk mengelakkannya. Buku ini bagus untuk pedagang Forex kerana ia meneroka psikologi pedagang dalam rangka kerja pasaran Forex.

Lihat buku ini di Amazon

1543-08.png

#8 The Psychology of Trading: Tools and Techniques for Minding the Markets oleh Brett Steenbarger

Satu lagi buku tentang psikologi yang hebat, hasil tulisan Brett Steenbarger mengetengahkan pendekatan unik untuk psikologi pedagang. Sebagai ahli psikologi dan pedagang, Steenbarger menerangkan dengan tepat cara minda pedagang berfungsi dan menyediakan petua dan helah yang boleh anda gunakan untuk kekal fokus dan berdagang secara lebih profesional.

Lihat buku ini di Amazon

1543-09.png

#9 The Mathematics of Money Management: Risk Analysis Techniques for Traders oleh Ralph Vince 

Akhir sekali, buku ini adalah sumber terbaik untuk pedagang yang mahu belajar lebih lanjut tentang pengurusan risiko dan kewangan. Anda boleh mempelajari strategi untuk merancang pelan pengurusan wang anda sendiri, dan cara-cara untuk menilai potensi risiko, ini boleh membantu anda untuk membuat keputusan perdagangan bermaklumat dengan lebih baik dan mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Lihat buku ini di Amazon

Kesimpulan

Pembelajaran adalah komponen yang penting dalam kerjaya sebagai seorang pedagang. Untuk menambah pendapatan anda, anda mesti sentiasa berusaha untuk mengasah kemahiran anda. Membaca buku tentang perdagangan Forex adalah satu cara yang bagus untuk mempelajari maklumat-maklumat terpenting daripada pakar yang boleh dipercayai dan terbukti. Kami berharap supaya anda menggunakan senarai buku terbaik untuk pedagang Forex ini dan dapat memanfaatkan sebanyak mana ilmu pengetahuan yang anda boleh dapati daripadanya.

  • 910

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera