Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?

Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?

Bergantung pada gaya perdagangan, pedagang harian Forex mungkin akan meraih keuntungan atau menanggung kos tambahan bila mereka mengekalkan posisi terbuka semalaman.

Sekiranya anda hanya merancang untuk membuka dan menutup urusniaga anda dalam hari yang sama, anda tidak perlu risau, tetapi lebih elok jika ia dipelajari kerana kelak anda mungkin mahu mengubah strategi atau ingin bereksperimen dengan pesanan yang dibiarkan terus aktif lebih lanjut.

Apabila seseorang membuka dan menutup posisi dalam satu hari yang sama, mereka tidak perlu membayar faedah tambahan. Bagaimana pun, sekiranya mereka memilih untuk mengekalkan posisi semalaman (membawa ke hari seterusnya), mereka perlu mengambil kira rollover Forex.

Apakah itu rollover?

Rollover adalah proses di mana kedudukannya dikekalkan aktif semalaman. Apabila itu berlaku, kadar faedah matawang-matawang dalam pasangan FX yang berkenaan akan dikira. Bergantung pada kadar faedah yang berkuatkuasa, pedagang akan dikreditkan atau dicaj sejumlah wang.

Apakah itu kadar swap dan bagaimana swap dikira?

Jumlah yang diterima oleh atau dicaj ke atas pedagang lantaran dari rollover dipanggil swap. Rollover boleh memberikan faedah swap atau mengakibatkan caj swap, bergantung pada perbezaan kadar faedah. Kadar faedah matawang ditetapkan oleh bank pusat negara yang berkenaan. Lazimnya, kadar faedah dipengaruhi oleh perisitwa-peristiwa ekonomi utama di negara berkenaan, yang anda boleh pantau di dalam kalendar ekonomi.

Kadar swap adalah kadar faedah suatu matawang pada pasangan ditolak dengan kadar faedah matawang yang satu lagi. Matawang mana yang anda tolak bergantung pada jenis urusniaga yang anda buka: long atau short.

Swap Long dan Swap Short dalam Perdagangan Forex

Urusniaga long (atau urusniaga bullish) secara asasnya adalah situasi di mana anda membuat pembelian dengan jangkaan matawang yang anda beli akan naik nilainya, dan anda akan mendapat keuntungan dari urusniaga ini. Urusniaga short (atau urusniaga bearish) adalah sebaliknya: anda menjual pasangan mata wang dengan jangkaan akan memperolehi keuntungan daripada penyusutan nilainya. Oleh itu, jika dengan pasangan EURUSD anda memutuskan untuk bertindak long (membeli euro dan menjual dolar AS), untuk mengira swap, anda tolak kadar faedah dolar dari kadar faedah euro. Sekiranya anda bertindak short, anda tolak kadar faedah euro dari kadar faedah dolar.

Syukurlah, anda tidak perlu mengira pertukaran secara manual setiap kali anda terlibat dalam perdagangan Swap: ada alat khas yang disediakan perkara tersebut. Anda boleh membuka halaman Spesifikasi Kontrak untuk menyemak jadual kadar Swap Forex: jadual kami mengandungi kadar untuk Swap Long dan Swap Short.

Mari kita lihat satu contoh: pertimbangkan pasangan AUDCAD Forex.

151-(2).jpg

Swap Long (dalam kes ini, 0.12) adalah kadar faedah yang terpakai untuk urusniaga anda jika anda membeli AUDCAD dan mengekalkan posisi semalaman (bermakna anda akan menerima 0.12 poin tambahan pada pesanan anda). Pada masa yang sama, Swap Short (-5.57) adalah kadar faedah yang akan dikenakan pada pesanan jual anda jika anda mengekalkannya semalaman (bermaksud anda akan hilang 5.57 mata pada pesanan anda). Angka-angka ditunjukkan dalam sebutan poin, iaitu unit terkecil pergerakan harga, jadi ia bukan nilai dalam mana-mana matawang tertentu. Ia berubah-ubah bergantung pada kemeruapan pasangan Forex, jadi anda perlu selalu memantau kalendar acara kewangan dan berita Forex.

Anda juga boleh dapatkan angka Swap Long dan Swap Short terkini di platform perdagangan anda. Sebagai contoh, di MetaTrader 4 klik butang kanan tetikus pada pasangan matawang dan pilih Spesifikasi. Anda mungkin perlu menatal ke bawah di tetingkap yang terbuka.

Swap 3 hari

Rollover berlaku biasanya pada pukul 5 p.m. Eastern Standard Time (GMT-5) setiap hari minggu – iaitu pada akhir sesi New York. Namun, ada satu hari yang istimewa untuk rollover – hari Rabu.

Katakanlah anda memutuskan untuk mengekalkan posisi agar terus aktif semalaman setelah sesi Rabu selesai. Dalam kes seperti ini, swap akan dikali dengan tiga untuk mengambil kira rollover pada hujung minggu di mana pasaran Forex tidak dibuka.

Swap tiga kali ganda, atau Swap 3 hari, berlaku pada hari Rabu kerana kebanyakan instrumen memerlukan dua hari bekerja untuk diselesaikan (untuk semua transaksi kewangan dapat diselesaikan). Jadi, jika anda membuka posisi pada hari Rabu, ia akan diselesaikan pada hari Jumaat. Sekiranya anda melanjutkan posisi Rabu ke hari Khamis, kadar Swap juga akan mengambil kira pelanjutan posisi sepanjang hujung minggu – justeru kadarnya tiga kali ganda.

Opsyen Bebas-Swap

Perdagangan forex sangat terbuka dan mengalu-alukan orang-orang dari pelbagai latarbelakang agama. Sesetengah broker menyedari bahawa agama Islam melarang penganutnya menerima atau membayar faedah dan mewujudkan syarat khas untuk mereka. Sebagai contoh, FBS menawarkan opsyen bebas swap untuk pelanggan Muslim yang turut ingin menikmati perdagangan dan mengekalkan posisi semalaman tetapi tidak boleh membayar atau menerima faedah swap bagi posisi mereka.

Tonton video dari penganalisis kami untuk lebih memahami topik ini. Sekiranya anda bukan penutur asli bahasa Inggeris, cuba cari bahasa anda dalam senarai sari kata yang tersedia.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Berita terkini

RBNZ meningkatkan sasaran mingguannya untuk pembelian bon, NZD / USD rendah

Di tengah lonjakan hasil yang tidak henti-hentinya, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah meningkatkan sasaran pembelian bon mingguan…

Anggaran rendah mudah dilepasi dan pencetus kenaikan dolar

Jangkaan untuk NFP Februari, yang diterbitkan pada hari Jumaat, 5 Mac, jam 13:30 GMT rendah dan mungkin terlalu rendah…

Apa yang akan terjadi ke atas euro selepas mesyuarat ECB?

Bank Pusat Eropah akan menerbitkan penyata dasar monetari mereka yang mengandungi pengumuman kadar faedah pada 11 Mac, jam 14:45 waktu MT.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Follow kami di Facebook

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera